Jawatan Kosong, Panduan Temuduga, Panduan Bisnes Online, Tips & Petua, Infomasi, Lifestyle, Drama Online,Novel, Isu Semasa, Isu Panas, Colabration & Review

Artikel Terkini

Thursday, April 6, 2017

Komisyen Klikjer Kali Kedua

♥ Assalamualaikum ♥

Komisyen Klikjer Kali Kedua


Sejak cik akak bergiat aktif dalam promosi penjualan ebook ni. Bukan main rajin lagi nak up entri. Tak kira bentuk entri macam mana. Ulasan dalaman dan luaran macam mana. Yang penting bagi cik akak teknik memikat dan menyakinkan pembaca untuk membeli ebook tersebut.

Nak jual ebook kemain lagi payah. Bertahun-tahun join tak mungkin dapat hasilnya. Yang penting usaha dan doa untuk meraih rezeki yang halal.

Alang-alang menyeluk pekasam. Alang-alang jadi penulis blog biar mendatangkan hasilnya.

Kita blogger suam kuku ni nak meraih traffik blog untuk entri kita pun kena gandakan usaha. Tak ada yang nak terkejar-kejar bila kita menaikkan satu dua entri. Kalau bernasib baik. Memang ada lah yg baca dan komen. 

Kata Blogger Femes..SEO itu penting...

Tu kata dia tapi cik akak sokong juga. Masalahnya teknik kita tak reti lagi. Depa boleh cakap macam tu. Kita ni yang masih bertahan di ranting kering. Kenalah usaha lagi untuk meningkatkan mutu blog sambil tu boleh lah jana pendapatan. 

Komisyen klikjer je ni bukan banyak mana pun. Hasil jualan pertama cik akak dapat rm15 dan hasil jualan kedua cik akak dapat rm40 untuk satu ebook yang terjual.

Kalau terjual ebook yang mendatangkan pendapatan lumayan sebegini. Contohnya

Komisyen yang dibayar rm40 untuk satu ebook. Memang lumayan. Dapat jual 5 ebook pun dah bersyukur.

Bayangkan rm40x 5 = RM200

Lumayan tak hasilnya. Lumayan memang lumayan tapi nak jual tu kemain lagi payah.

Berbalik kepada pendapatan komisyen klikjer kali kedua ni cik akak dapat rm55 je. Haha...lepas juga kefci seketul dua. Tapi duit tu cik akak masih ternak dalam bank. Mana lah tahu esok lusa ada yang mintak review. Beriklan di blog ke. Usaha je.

Komisyen kali pertama pula cik akak dapat rm36.00 je..haha..nah dari tak berjaya dapat jualan akhirnya cik akak dapat juga hasilnya. Lambat atau cepat terserah pada rezeki Allah. 

1 comment:

  1. Alhamdulillah sikit2 nanti lama2 bertambah...yang utama gigih usaha.. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!