♥ Assalamualaikum ♥

Drama Meh, Sandar Pada Aku Episod 17 / Kehidupan Tasneem berubah serta-merta. Dari title adik angkat terus berubah title seorang isteri. Mampukah Tasneem menyintai Nadzhan. Bahagiakan mereka dengan pilihan mereka. Saksikan Drama Meh, Sandar Pada Aku Episod 17



Tonton Online Meh, Sandar Pada Aku Episod 17 (klik Sini)
Sinopsis Meh, Sandar Pada Aku :Drama ini mengisahkan Afnan Tasneem, gadis yang sentiasa ceria dan agak lurus bendul tidak bertempat. Afnan Tasneem sedang menjalani latihan amali di sebuah pusat penyelidikan bagi menyempurnakan pengajiannya. Di sana, bermulalah cerita pertemuannya dengan penyelia yang dianggap sombong dan 'spesies lelaki terancam' iaitu Dr Syed Nadzhan. Dr Syed Nadzhan hidup tanpa insan bergelar perempuan. Selepas kegagalan rumah tangga 'papa' dan 'mama'nya, dia mengganggap perempuan menyusahkan hidupnya. Penerimaan Afnan Tasneem sebagai budak praktikal di bawah seliaannya memang memeningkan kepala kerana sebelum ini Dr Syed tidak pernah menerima budak praktikal perempuan.
Sepanjang tempoh seliaan Dr Syed, Afnan Tasneem sering dibuli dan memberi arahan tanpa diberi tunjuk ajar. Kehadiran Adam Naufal menggugat rasa hati Dr Syed. Afnan Tasneem banyak meluahkan rasa tidak puas hati akan layanan Dr Syed kepada Adam Naufal, seorang budak praktikal Dr Syed. Di mata lelaki, Adam Naufal tahu bahawa Dr Syed suka akan Afnan Tasneem. Adam Naufal rapat dengan Afnan Tasneem sekadar bagi mencemburukan Dr Syed. Tetapi tidak pada Afnan Tasneem yang menganggap Adam Naufal mencintainya.
Keadaan lebih bercelaru apabila ibu Afnan Tasneem berkahwin dengan ayah Dr Syed. Ayah Dr Syed berancang untuk menjodohkan Afnan Tesneem dengan sepupu Dr Syed, Syed Emir. Tanpa pengetahuan Dr Syed, dia juga telah ditunangkan dengan Dr Aleesya. Aleesya yang memburu cinta Dr Syed dari kecil gembira akan pertunangan itu. Kerana menghadiri majlis konvo, Adam Naufal membongkar satu rahsia. Sebenarnya Adam Naufal sudah bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi. Afnan Tasneem kecewa.
Berita kematian ibu dan ayahnya membuatkan Dr Syed mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Dr Aleesya dan berkahwin dengan Afnan Tasneem atas rasa tanggungjawab. Dr Aleesya yang tidak boleh menerima kenyataan tersebut dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Dengan bantuan Dr Syed juga Dr Aleesya pulih dan sedar akan kesilapannya. Semua yang berlaku sebenarnya telah ditentukan.

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

 
Top