Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Tuesday, April 25, 2017

Bukan Mudah Nak Melupakan Si Dia...10 Tips Membongkar Rahsia Mudah Melupakan Si Dia

♥ Assalamualaikum ♥

Bukan Mudah Nak Melupakan Si Dia...10 Tips Membongkar Rahsia Mudah Melupakan Si Dia. Putus cinta boleh cari balik. Putus ikatan perkahwinan jangan pernah salahkan takdir. Sebab yang tersulit pasti ada hikmahnya. Yang penting jaga hubungan anda. Perbaiki dan saling berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Ada masalah, bertolak ansur untuk perbaiki. 


Cinta ini ibarat kita menulis sesuatu perkataan di atas pasir tepi pantai.....
Bukan main lagi kita melakar.....
Tapi sekali je ombak menghempas....
Lantaran terus hilang segala perkataannya.....

Macam nak kekalkan ayat tu....
kita kena usaha....
iktihar sebaik mungkin macam mana nak kekalkan ayat tu.....

Anda boleh membuat pilihan.....
samada memilih untuk mengekalkan atau tidak...
hanya anda yang memilih......

bila kita dah sayangkan sesorang...memang susah nak lupakan dengan apa yang berlaku......
kerana sayang tu ujian Allah...
Cinta pun ujian Allah....

Dan jangan jadikan ujian rasa sayang dan cinta itu untuk kita mengalah.....
kenapa tak perbaiki kelemahan diri....
cari gali balik kesilapan yang pernah kita lakukan....
belajar untuk memahami pasangan....

Bila kita menerima cinta dan kasih sayang.....
Tapi kita perlu juga terima risikonya......
iaitu putus cinta.....

Cik akak nak bagi tip-tip yang selalu cik akak buat...hihi...
Mungkin baik untuk kesihatan....
mana tau kan...kita cuba je.....

Tips-Tips untuk melupakan orang yang pernah kita sayang....hihi...

1. Menangis
  • Kita perempuan ni, bila disakiti memang rasanya luka terlalu dalam.Dengan menangis dapat mengurangkan resah dimata dan dihati.Tapi ingat jangan lah menangis over sangat...macamlah suami mati ke apa....huhu....
2. Kenang balik kenapa dan mengapa benda tu berlaku....
  • Kita hendaklah mencari sebab kenapa kita berpisah....kalau ini berpunca dari kita. Kita hendaklah perbaiki kelemahan diri kita. Cari cara untuk tidak mengeruhkankan keadaan. Lebih baik jangan bermusuhan. Anggap apa yang berlaku ujian untuk kita redha.
3. Terima Qada dan Qadar Allah...
  • Adik-adik manis sekalian. Kita dipertemukan hanya dengan izin Allah. Menyemai rasa sayang dan cinta pun dengan kehendak Allah. Allah dah tentukan siapa jodoh dan pasangan kita. Allah sentiasa memberikan pertemuan yang indah dan juga akan memberi perpisahan yang hebat. Ada hikmah dan sebab kita dipertemukan dan bergitu juga sebaliknya. Terima Qada Qadar dengan redha dan tak perlu mengeluh.
4. Ambil Wuduk
  • Bila kita rasa sedih dan susah untuk melupakan si dia. Ambik wuduk...insyaAllah....pasti anda akan rasa tenang....
5. Sujud kepada Allah......
  • Bila hati resah sujudlah kepada DIA...kerana DIA lah satu-satu yang dapat menolong anda tatkala ketenangan pergi tanpa anda tahu......
6. Buang gambar si dia
  • Korang bakar je gambar dia...hihi...tak pun gunting dan hanyutkan dia dalam sungai...biarkan dia lemas...hahahaha...Memang betul dah sayang, dah cinta dia tetap di hati kita. Anggap je dia mati tanpa bernisan.haha
7. Dengar lagu yang berunsurkan keislaman....
  • Contoh lagu nasyid ke apa....tapi yang penting jangan lagu jiwang berkarat tu..hahaha...
8. Baca Al-Quran
  • Tiada ubat dan penawar yang paling mujarab melainkan dengan ayat-ayat Allah....
9. Bawa bershopping ke
  • Yang nie memang nak suruh u alls bankrup agaknya..hahaha...tapi betol apa bagi yang suka kuar jalan-jalan dan berbeli barangan...kepuasan kat situ dapat mehilangkan rasa sedih dan sebagainya...hihi
10. Cari rakan yang sanggup jadi pendengar setia...
  • Cara ini memang dapat mengurangkan rasa yang terbeban di hati. Tapi harus berhati-hati, tak semua kawan boleh dipercayai.

Bukan mudah nak melupakan orang yang kita sayangi. Mungkin hari ini tak dapat. Esok lusa pasti boleh. Jangan takut mencari lagi.haha..Jalan yang terbaik kenalah cari pasangan lagi. Ni cik akak kongsikan >>Teknik-Teknik Memikat Hati Lelaki. 

Hilang satu, apa salah cari balik. Apa yang penting kenali hati budi masih-masing dulu. Jangan malu untuk memikat lelaki yang kita cintai. Teknik memikat lelaki yang dikongsikan oleh DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj, membongkar rahsia >>Cara Halus Memikat Lelaki.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN