♥ Assalamualaikum ♥


Aku Bukan Cikgu....Aku Hanyalah Kuli Je...

Jangan pula korang ternganga mulut. Sebab cik akak bukan cikgu. Ramai blogger salah sangka dengan identiti cik akak yang sebenarnya. 

Ya cik akak memang kerja di sekolah, tapi bukan cikgu....


Kalau bukan cikgu, habis cik akak sandang jawatan apa. Cleaner ke? Kalau cik akak cakap cik akak kerja cleaner korang jangan pula ternganga balik mulut. Sebab inilah lumrah dunia. 

Tak pe....korang salah identiti cik akak sebab korang tak tanya cik akak. Siapa sebenarnya cik akak. Kalau cik akak bukan cikgu. Habis cik akak buat apa kat sekolah...

Nak kata cik akak pengawal keselamatan. Macam tak logik je kan. Siapa pun cik akak korang kena tahu. Cik akak bukan cikgu. 

Cik akak hanya kuli..haha

Identiti cik akak...memang misteri betul2. Cukuplah korang tahu. Cik akak kerja jaga sekolah. 

Tengok berbudak...pantau berbudak. Lagi best. Tengok apa yang depa buat.

Paling best dan santai berbudak sekolah cik akak buat..depa layan tayang wajah kat cermin tingkap tempat duduk cik akak. Giler kerja berbudak ni. 

Lagi paling best...kalau nak tahu...sekolah tempat cik akak cari makan ni majoriti lelaki. Perempuan tak ada. Sebab ia hanya sekolah budak lelaki. Bertahun-tahun sekolah jadi pilihan lelaki..haha..termasuklah lelaki terhangat di pasaran. Ko mampu...

Kenapa semua lelaki...sekolah mubaligh ko. Dah tertulis dalam perjanjian kot. Memang inilah satu-satu sekolah yang tak campurkan perempuan dengan lelaki. 

Boleh google kalau tak percaya. Tapi..tapi...cikgu lelaki hanya berapa orang je. Lokasi sekolah memang di pusat bandar sibu. Tapi...jumlah murid hanya terhad. 

Bangunan sekolah pula. Sebangunan tu je. Mana nak ramainya. Lokasi pun berdekatan dengan sekolah menengah. Satu kawasan lagi. Dari luar jalan memang tak nampak sekolah cik akak. Tapi bila masuk satu kawasan sekolah menengah, baru terpapar bangunan sekolah. 

Kat situ cik akak mencari rezeki halal. 11 tahun bukan jangka masa yang singkat. Tapi pejam celik macam seketika je kan. 

Ahhh...nak kira umur cik akak sekarang dah naik angka dah. 34 tahun, tak sangka orang nya masih macam dulu..haha

Post a Comment



Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

 
Top