Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Sunday, March 26, 2017

Tak Boleh Potong Kuku Waktu Malam! Ibu Tegur Cik Akak

♥ Assalamualaikum ♥

Tak Boleh Potong Kuku Waktu Malam! Ibu Tegur Cik Akak

Ye ke tak boleh potong kuku waktu malam. Dulu-dulu emak selalu tegur. Nak potong kuku biar siang hari. Tak payah nak potong waktu malam. Pantang orang dulu, kalau potong kuku waktu malam boleh dapat sial. Tak pun pendek umur. Entah apa entah...macam-macam je kan.


Imej google

Syok-syok layan potong sebelah malam. Terus ibu cik akak tegur. Jangan potong kuku sebelah malam, tak elok. Tak pula emak cik akak cakap lain. Tu je yang dia cakap. 

Cik akak ni kuat degil bila bab pantang larang orang dulu-dulu ni. Kalau yang tak logik akal memang cik akak tak boleh terima. Benda sebegini cik akak memang tak percaya. Takut mendatangkan syirik dalam sedar tak sedar. 

Pantang larang orang tua-tua ni tak diikutkan kang merajuk pula ibu bapa. Nak ikut pun agak-agak lah. Biar betul- betul kesahihan fakta..haha. dah cik akak kuat mengkritik ni jangan macam-macam dengan cik akak.

Satu hal lagi bukan sengaja cik akak potong kuku waktu malam. Siang elok2 je tak ingat. Bila malam kemain lagi laju ambik pengetip kuku..haha..terus layan santai potong kuku depan tv...haha

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN