♥ Assalamualaikum ♥

Kerja Di Singapura Bergaji Lumayan /Panduan Lengkap Mencari Kerja & Bekerja Di Singapura...

Untung kalau dapat gaji lumayan. Beli barang pun boleh petik jari sahaja. Tak bergetar tangan nak keluarkan duit dari dalam wallet. Bukan mudah tapi dengan ada panduan lengkap mencari kerja. Pasti membantu anda satu persatu.


Anda Ingin Bekerja Di Singapura! Boleh Untung Lebih...

Bekerja di singapura memang bergaji amat lumayan. Korang bayangkan hanya bekerja sebagai cleaner mampu mendapat RM4500. Jika dibandingkan dengan pekerja malaysia memang dibayar agak murah. Antara RM800 hingga RM920. Berbaloi ke dibayar dengan jumlah tu. Maklumlah kos sara hidup, belanja dapur memang memerlukan bajet yang tinggi. Lebih-lebih lagi kalau anak anda masih menyusu.

Macam Mana Mencari Kerja Di Singapura?

Senang je...ebook ini pasti membantu. Berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh klik pautan ini »»Kerja Singapura / Panduan Mencari Kerja Dan Bekerja Di Singapura.

Pengiraan Gaji Bekerja Di Singapura

Buat masa ini, kadar tukaran matawang antara Singapore Dollar  - Ringgit Malaysia  ialah sekitar 1SGD = RM3.10

Sebab itulah saya katakan, anda mampu mendapatkan gaji 3X ganda lebih besar apabila anda bekerja di Singapura.
Mari saya tunjukkan  anda beberapa contoh tawaran kerja di Singapura yang ada.
Senarai kerja diatas hanyalah bekerja sebagai tukang cuci sahaja. Ianya tidak memerlukan sebarang sijil kemahiran. Manakala gaji yang ditawarkan sebagai tukang cuci pula dalam lingkungan $1500.... jika ditukarkan kepada matawang Ringgit Malaysia, ianya berjumlah RM4500!


Kerja Tukang Cuci sahaja, tapi.. gaji RM4,500 ??Itu baru kerja-kerja yang tidak berkemahiran (unskilled).Jika anda bekerja kilang sahaja pun dan mempunyai sijil SPM, kadar gaji yang boleh anda perolehi ialah sekitar SGD2,000 = RM6,000.Ianya sangat lumayan!

Lumayan kan. Memang berbaloi kalau mencuba. 

4 Kelebihan Bekerja Di Singapura!

Sebenarnya, ada banyak lagi kelebihan apabila anda bekerja di Singapura. Berikut adalah beberapa kelebihan lain selain dari kelebihan bergaji 3X ganda lebih besar.

1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang

Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan.. maka, pendapatan anda ialah RM2,600, tetapi kini, jika gaji anda masih SGD 1,000.. pendapatan anda dalam ringgit malaysia ialah RM3,100. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda.. gaji anda sudahpun bertambah!

2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!

Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu... gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan.. RM15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya.

Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju (Singapura). Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!

3. Mudah Berpatah Balik!

Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan "dijual" oleh agen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang.

Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda... anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM50 untuk pulang semula ke Malaysia. :)

4. Sah & Kurang Risiko!

Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan. 

Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.

Menarik kan ebook ini. Segala panduan dan selok belok mencari pekerjaan di singapura boleh dipelajari dalam ebook ini. Dapat ebook »»Panduan Mencari Kerja & Bekerja Di Singapura.


Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

 
Top