Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Wednesday, March 29, 2017

Kali Pertama Cashout ShopBack

♥ Assalamualaikum ♥

Kali Pertama Cashout ShopBack

Orang lain dah berkali-kali cashout. Tapi makcik hanya dapat cashout kali pertama. Itu pun tak banyak mana. Yang penting berhasil juga cashout kan. Kena tunggu berapa bulan baru dapat duit balik. Benda sebegini bukan mudah. Yang penting lepas juga belanja kefci makcik.haha..

Bergiat aktif baru tahun lepas. Tu pun hanya berapa kali je shopping. Barangan yang cik akak beli pun hanya berpuluhan ringgit je. Cash back tunai pun tak banyak. Berapa ringgit je setiap item. 

Tunggu nak redeem lagi lah lama. Paling lama 75 hari. Engko mampu ke nak tunggu. Gigih makcik tunggu. Sebab duit dari shopback ini payah nak kumpul. Sebab bershopping online guna shopback pun boleh dikira guna jari. 

Cuma yang seronoknya kat sini. Shopping dapat duit balik..haha..kat mana2 shopping online mana ada org bagi balik duit kita. Untung lebih kalau belanja dengan shopback. Korang yang suka berbelanja kat Lazada Malaysia atau Zalora bolehlah merebut peluang dapatkan duit korang balik. Sebelum tu kena daftar dulu. Pendaftaran percuma »»Daftar ShopBack Percuma. Bukan laman web lazada dan Zalora je, hermo, booking.com pun ada. Korang pergi je register. Banyak lagi laman-laman shopping online yang ditawarkan kat shopback ni. Rugi tak join sekali, sambil tu boleh tambah duit poket anda.

2 comments:

  1. Baru jugak guna cashback bila beli barang2 online ni. Tak banyak jugak dalam cashback. Hahaha. kalau nk redeem mmg lama betul nak menunggunya.

    ReplyDelete
  2. baru nak mencuba ni - gigih juga

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN