Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Thursday, March 16, 2017

Berapa Income Nuffnang?

♥ Assalamualaikum ♥


Berapa Income Nuffnang? / Dah lama tak berkongsi kisah income nuffnang cik akak ni. Maklumlah income pun makin slow. Nak berkongsi pun asyik sibuk je cik akak dengan urusan kerja. Serius sejak-sejak akhir ini ramai yang up kisah nuffnang tak mendatangkan pendapatan. Sejak dari tahun lepas. Blog cik akak pun mengalami masalah yang sama. Nak buat macam mana. Dah tertulis rezeki Allah bagi sebanyak tu je. Bersyukur dan terima apa yang kita perolehi. 


Income terkini cik akak masih kandas. Nak cashout pun tak lepas. Entah bila lah cpuv ni nak mengembang incomenya. Nak buang iklan terasa sayang. Biar je lah dulu. Mana lah tahu esok lusa dapat rezeki melimpah ruah. Yang penting sabar, itulah kunci segala usaha yang kita perolehi. 

Kenapa Nuffnang Makin Hari Makin Slow?

Cik akak pun tak pasti. Nuffnang slow, malah pageview blog pun slow. Nak dapat 10K sehari macam tak lepas je sejak bulan Februari dan Mac 2017. Agaknya kena tukar domain sendiri kot baru pageview meletop balik. Bila kes ini terjadi, maka income nuffnang pun slow. Nak cashout macam kena tunggu tahun 2018. hahaha...Keluhan demi keluhan..Nak buat macam mana. Hidup perlu diteruskan. Percaturan hari ini dan semalam memang tak sama dan. Kena melangkah ke hadapan dengan maju tanpa menoleh pun kebelakang...haha...amboiiii kemain gempak ayat cik akak...

Eh Income Nuffnang Awak Berapa?

Jangan ditanya income cik akak. Rujuk je gambar di atas. Itulah income terkini nuffnang. Kena tunggu berapa bulan mungkin berganti tahun baru dapat cashout..haha

Dapat CPUV Nuffnang Tak Bulan Ini?

Dulu blog ni meriah dengan CPUV Nuffnang. Nak mengemis balik dengan nuffnang nie. Mana la tahu esok lusa dapat seketul dua. hahaha...Setakat ni cik akak dapat 2 ketul je iklan CPUV NUFFNANG. Seketul bulan Feb lepas. Dan seketul lagi bulan Mac. Agak mengecewakan. haha...

Betul Ke Blogger Nie Kemaruk Nak Jana Pendapatan Dari Berblog?

Duit segalanya...haha...nak masuk toilet pun kena bayar. Mana tak mencari income dari berblog. Ramai blogger tak setuju dengan "Berblog semata-mata nak kejar income" . Ala tu cakap je. Entah-entah memang kemaruk nak dapat income. Tapi masalahnya dia tak dapat rezeki dari berblog. Terus kecam orang lain. Tak payah berlagak alim sedunia sebab awak manusia dan saya pun manusia. Cuma yang membezakan kita. Akal dipergunakan untuk meraih rezeki yang halal. Usaha dengan nawaitu ikhlas. InsyaAllah apa yang kita raih dan dapat mesti cukup lumayan.

Sekian dari blogger cik akak yang comel...haha

11 comments:

  1. seronok tengok nuffnang cik akak... hehehe... insyaAllah pasni harus mengembang...

    ReplyDelete
  2. xpa insyallah btmbh nnti tu.. =)

    p/s jln2 blogwalking ari ni

    ReplyDelete
  3. Aku blogging sbb nk cari duit bayar bil dan ptptn je hahaaa..kalau niat baik pasti dpermudahkan..

    ReplyDelete
  4. Semua laman pengiklanan sebenarnya semakin slow. Income pun semakin susut.

    ReplyDelete
  5. Nampaknya kena hantar surat cinta pada Nuff ni cik akak..setuju tak..hihi..

    ReplyDelete
  6. cabaran orang sekarang...tak boleh satu pekerjaan sahaja

    dua income lagi bagus...sebab itu blog perlu jana income

    belum lagi dua isteri...hehehe

    (statement last sila abaikan)

    ReplyDelete
  7. banyak juga cik akak cuma lambat la nak kumpul
    JanjiKita

    ReplyDelete
  8. Semua laman pengiklanan semakin slow. Nuff di blog saya pun slow. Rasanya semua mengalami nasib yang sama. Ikut ekonomi dunia yang semakin slow.

    ReplyDelete
  9. Ye Cik Akak dah slow.. Dapar jugak cpuv tu. Tapi perjalanannya tak macam dulu. Hikhik

    ReplyDelete
  10. Ni yg baru berjinak nk blogging balik lepas cuti setahun lg la slow nuff nye tu. Heheh

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN