Jawatan Kosong, Panduan Temuduga, Panduan Bisnes Online, Tips & Petua, Infomasi, Lifestyle, Drama Online,Novel, Isu Semasa, Isu Panas, Colabration & Review

Artikel Terkini

Friday, March 31, 2017

5 Faktor Suami Anda Curang, Adakah Ia Berpunca Dari Si Isteri!!!

♥ Assalamualaikum ♥

5 Faktor Suami Anda Curang, Adakah Ia Berpunca Dari Si Isteri!!!


Suami curang nak salahkan siapa. Tepuk dada tanya hati. Siapa yang bertanggungjawab atas tindak tanduk si suami di luar batasan. Nak salahkan si isteri mungkin ya dan mungkin juga sebaliknya. Apa yang penting jangan menunding jari kepada siapa-siapa. Sebab yang datang atas kerenah dan alasan individu itu sendiri. Selain itu faktor-faktor persekitaran juga mampu mengubah si suami yang dulunya setia. Tapi sakarang dah berpasangan kat luar sana. Siapa cik akak nak mengulas lebih lanjut. 

Antara faktor-faktor suami anda curang...

Dulu-dulu masa zaman bercinta, rasa memang seronok sangat, si abang adalah orang yang sangat penyayang, romantik dan sangat mengambil berat. Tapi.. lepas beberapa bulan atau tahun berkahwin, nampaknya, si suami macam lain sangat.

Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh menyebabkan si suami itu berubah dan curang pada si isteri....

1. Orang Sekeliling

Satu perkara yang perlu kita fahami, manusia mudah berubah apabila orang di sekelilingnya berubah. Orang sekeliling ini adalah terdiri dari kawan-kawan, jiran tetangga dan termasuk juga diri pasangan. Seringkali terjadi, si suami berubah adalah disebabkan oleh diri pasangannya yang sebenarnya juga sudah berubah. Disebabkan itu, si isteri  perlu check dan semak semula, apakah yang bermain di fikiran suami dan apakah pandangan si suami terhadap dirinya dari semasa ke semasa? Kebanyakan isteri tidak sedar tentang perkara ini.

2. Kerjaya

Perubahan pada kerjaya juga boleh menyebabkan perubahan yang besar pada sikap seseorang. Perubahan  kerjaya ini bukanlah bermaksud bertukar kerja semata-mata, tetapi, perubahan pangkat serta tugas juga boleh menyebabkan si suami berubah. Jika dulu waktu kerjanya pendek, kini waktunya mungkin lebih panjang, lebih banyak tanggungjawab yang perlu digalas menjadikan lebih banyak tekanan serta bebanan yang perlu ditanggung. Secara tidak sedar, kadang-kala, masalah yang berlaku di tempat kerja, terbawa-bawa oleh suami hingga ke rumah.

3. Ekonomi & Sosial

Faktor ekonomi sememangnya mampu memberikan kesan yang besar kepada sesiapa sahaja. Masakan tidak, pihak JAKIM sendiri pernah melaporkan, kadar penceraian rumahtangga di Malaysia, telah meningkat sewaktu krisis ekonomi melanda negara.

4. Fitrah

Kadang-kala, si suami itu sebenarnya memang tidak pernah berubah pun. Sewaktu bercinta, dia nampak romantik dan penyayang sangat.. tapi lepas berkahwin, lain pula jadinya. Sebenarnya, sikap suami sewaktu sedang bercinta dulu, adalah bukan sikap yang sebenar. Hanya selepas berkahwin, barulah si lelaki, memaparkan sikapnya yang sebenar. Sememangnya begitulah fitrah sikap beliau.

5. Kurang Kasih Sayang Dan Perhatian si isteri

Biasalah dah tinggal sebumbung. Nak bermanja-manja pun jarang. Si isteri pula sibuk melayan anak-anak. Masa untuk melayan si suami pun agak terhad. Hinggakan si suami rasa diabaikan. Rasa tersisih. Nak salahkan si isteri payah gak. Sebab kurang komunikasi pasangan membuatkan perkara ini terjadi. 

Masih Ada Kah Peluang Untuk Si Suami Berubah...

Manusia memang boleh berubah. Jika si suami boleh berubah kepada tidak baik (tunggul). Maka, bermakna si suami juga boleh berubah kepada yang lebih baik (Unggul). Apa yang penting, anda sebagai isteri, perlulah memberi rangsangan dan sekaligus menjadi agen pemangkin kepada perubahan tersebut. 

Bagaimana nak mendorong si suami berubah. Si isteri kenalah kuat mental dan fizikal. Sebab apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan takut untuk berusaha cari kelemahan diri dan perbaiki apa yang terkurang di masa lalu. Apa yang penting usaha untuk mendampingi si suami dan meraih kembali cinta si suami itu salah satu tanggungjawab anda. Kesian dengan anak anda..

Tanpa ilmu dan panduan, semua tidak akan berhasil. Jom intai-intai »»Panduan Menangani Suami Bermasalah "Dari Tunggul Menjadi Unggul!. Ebook ini membongkar pelbagai rahsia dalam menangani suami yang bermasalah. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan kalau anda bertolak ansur. Sakit memang sakit bila dikhianati oleh orang yang kita sayang. Berat bebanan si isteri  bila diuji dengan badai sebegini. Doakan yang baik-baik. Perbaiki kekurangan, tambahkan kasih sayang. Jangan pernah jemu pada pada pasangan anda. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!