♥ Assalamualaikum ♥

Tonton Full Episod Drama Qarin Episod 1 - Episod 13 




Tonton Full Episod Drama Qarin Episod 1 - Episod 13 

Sinopsis Drama Qarin : Ia mengisahkan Dhiya (Uqasha Senrose) yang sangat menyayangi keluarganya namun akibat leka sehingga mengabaikan perkara penting, akhirnya dia hidup dalam penyesalan.
Kisah bermula apabila perkahwinannya dengan anak orang berada, Muslim (Zain Hamid) mendapat tentangan ibu Muslim, Datin Zauyah kerana Dhiya datang dari keluarga susah. Sebaik melahirkan anak mereka Aurelia (Fateha), Dhiya mengajak suaminya berpindah dari rumah Datin Zauyah dan akhirnya berjaya.
Mereka sekeluarga kemudian berpindah ke sebuah banglo terpencil dan bermulalah kehidupan baru mereka.
Keceriaan pastinya paling dirasai anak mereka Aurelia yang ketika itu sudah berusia lapan tahun apabila dia bertemu teman barunya di rumah berkenaan.
Bagaimanapun, persoalan­nya hanya mereka bertiga menduduki rumah berkenaan tetapi anak kecil itu mula bercakap sendiri dengan sahabatnya yang dipanggil Andika.
Perkara itu benar-benar mengejutkan Dhiya dan Muslim dan bermulalah detik hitam dalam hidup mereka apabila terbukti ia bukan khayalan tapi entiti halus yang cuba mendampingi Aurelia.
Kesudahannya, Aurelia mula membenci bapanya manakala hubungan Dhiya dan Muslim pula semakin berantakan selepas kekasih lama suaminya itu hadir semula dalam hidup mereka.
Demi mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut itu, seorang ustaz dipanggil dan terbongkarlah kebenaran di mana anak mereka sebenarnya sudah lama meninggal dunia.
Anak kecil yang mendampingi mereka selama ini terbukti qarin kepada Aurelia dan sebab itulah Andika suka berkawan dengannya kerana mereka serupa.

Sumber - Sensasi Selebriti

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

 
Top