Artikel Terkini

Saturday, February 18, 2017

Novel Mahkamah Hati & Novel The Ek - Novel Terbaru Di Kaki Novel (Kombo Mac)

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Mahkamah Hati & Novel The Ek - Novel Terbaru Di Kaki Novel (Kombo Mac)



Sinopsis:-
Rafeq Iskandar tidak pernah ambil kisah tentang Zara… calon isteri pilihan keluarganya. Pertunangan diikat hanya kerana Chenta Malika perlukan seorang wanita bergelar ibu dalam hidupnya. Lagipun, dia selesa berdua sahaja dengan permata hatinya itu setelah pemergian Linda.
Tanpa sedar, dia jatuh cinta. Bukan dengan tunang sendiri tetapi, dengan gadis keras kepala yang membuatkan hatinya kembali berbunga. Terasa jiwanya kembali hidup dengan kemarahan gadis itu. Terasa bahagia dengan adanya Alyssa setiap hari di depan mata.
Namun… Alyssa dan Zara meninggalkannya kerana Sara yang berstatus teman tapi mesra. Pemergian Alyssa dan Zara membuatkan Rafeq Iskandar penasaran. Dia kecewa, marah dan dendam terus membara di hatinya.
Keputusan harus diambil. Siapakah pilihan Rafeq Iskandar? Hanya hati yang bisa menjadi mahkamah dalam pengadilan ini.


Sinopsis:-
Bellina dan Darren dijodohkan oleh kedua-dua orang tua mereka namun, dalam zaman serba moden ini mana mungkin kisah kahwin paksa relevan. Darren membuka langkah untuk menawan hati Bellina. Bellina pula menerima sementelah Darren cukup segala pakej yang diidamkan.
Salah mereka cuma satu, masing-masing berlagak baik apabila disogokkan oleh deskripsi watak oleh ibu bapa mereka sebelum dijodohkan. Hakikatnya Bellina dan Darren sama sahaja. Masing-masing panjang langkahnya. Masing-masing mempunyai teman yang silih berganti. Apabila sudah jatuh cinta bergolek-golek, tanpa disedari mereka mengikut arus dan terus menjadi ‘baik’. Sehinggalah peristiwa demi peristiwa tersingkap dan masing-masing merasakan diri sangat tertipu.
Mampukah Bellina untuk kekal taat kepada seorang suami yang telah melukakan hatinya setelah rahsianya terbongkar?
Mampukah Darren untuk kekal menyayangi seorang isteri yang tega mempermainkan hakikat kisah sebenar?

3 comments:

  1. macam menarik ni... agak-agaknya nanti mereka buat drama adaptasi tak ni?

    ReplyDelete
  2. Macam best jak...mesti nk buat drama bila ramai beli novel ni kan hihi

    ReplyDelete