♥ Assalamualaikum ♥

Minggu Akhir Drama Kerana Anisa Episod 13 - Episod 15 (Episod Akhir) 

Normal lah kalau korang emosi bila menonton drama Kerana Anisa ni. Geram gak dengan watak anisa yang ego. Dah sebejik macam drama Biar Aku Jadi Penunggu. Drama Kerana Anisa bakal melabuhkan tirainya minggu akan datang. Apakah kesudahan kisah anisa dan syukri. Bahagiakah mereka. 


Video Promo Minggu Akhir Kerana Anisa


Mengisahkan Anisa dan Syukri yang berkawan baik di kampung. Anisa mempunyai impian besar dalam hidup apabila bercita-cita menjadi peguam dan meminta Syukri menjadi 'guru' dan penguat semangatnya.
Bagaimanapun, bapa Anisa, Long Yahya menentang persahabatan Syukri dan Anisa. Selepas Anisa tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syukri berangkat ke London untuk menyambung pengajian namun mereka meneruskan hubungan menerusi surat.
Satu hari, Anisa dikejutkan dengan rombongan peminangan daripada Zahid. Anisa menentang kerana mahu meneruskan pelajaran kerana dia lulus cemerlang dalam SPM. Bagaimanapun, Anisa dipaksa berkahwin. Selepas berkahwin, Zahid bertindak kejam terhadap zahir dan batin Anisa.
Malah, Zahid makin menyakiti Anisa terutama selepas mendapat tahu hubungan Anisa dengan Syukri.

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

 
Top