♥ Assalamualaikum ♥

Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (28 Februari 2017)

Kerja Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Februari 2017
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Februari 2017 seperti berikut:-
1. Pegawai Syariah LS41
2. Penolong Pegawai Undang-Undang L29
3. Juruteknik Komputer FT19
Tarikh Tutup Permohonan:- 28 Februari 2017

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang IPK.SEL.1 yang boleh diperolehi melalui pautan dibawah atau di kaunter Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Semua borang permohonan hendaklah dilengkapkan dan disertakan dengan salinan sah Kad Pengenalan, Sijil Lahir, Sijil-sijil Persekolahan, kelulusan akademik beserta sekeping gambar berukuran passport. Sila kemukakan permohonan ke alamat berikut :
SETIAUSAHA BAHAGIAN 
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 
CAWANGAN PERKHIDMATAN 
TINGKAT 3, BANGUNAN SSAAS 
40503 SHAH ALAM

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil ke sesi temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Sumber - Harian Metro

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

 
Top