♥ Assalamualaikum ♥

Jangan Prejudis Pada Tajuk Drama Suamiku Paling Sweet..Sebab Kalau Korang Tonton Baru Korang Tahu...

Cik akak dah cakap,cik akak tak kisah pun kalau korang prejudis pada drama yang menghiasi slot akasia terbaru ini. Sebab korang tak nonton lagi. Kalau korang dah menonton mesti gelak-gelak depan tv. Nampak je drama ni pelakon tu memang poyo. Dengan misal sejemput pisang. Ada ke yang nak ikut menonton. Sebenarnya novel karya anjell ni adalah novel terbest. Rugi korang tak nonton. Emak cik akak dah terjebak sama menonton drama ni. Korang bila lagi. 

Sinopsis Suamiku Paling Sweet - Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Qisya diminta menjadi pengasuh sementara kepada cucu Puan Fatma, Hafiy. Namun, satu peristiwa mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri kepada Izz Haikal dan mummy Hafiy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.
Qisya pada mulanya memberontak sehingga meninggalkan Izz dan Hafiy selepas diijab kabulkan. Setelah dipujuk dan Izz memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri, akhirnya Qisya kembali semula ke pangkuan Izz dan Hafiy dengan syarat tiada seorang pun akan mengungkit pasal peristiwa yang menyebabkan mereka dikahwinkan.
Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.

Post a Comment



Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

 
Top