Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Saturday, February 4, 2017

Drama Sumpahku Tak Sempurna / Sinopsis Sumpahku Tak Sempurna

♥ Assalamualaikum ♥

Drama Sumpahku Tak Sempurna / Sinopsis Sumpahku Tak Sempurna



Sinopsis Syurgaku Tak Sempurna : Pertama kali menatap Zalia, hati Tengku Zarif berdetak hebat. Dia yakin itulah kasihnya. Itulah cintanya. Biar ibu membenci, biar satu dunia melawan, cintanya buat Zalia tidak akan pernah berganjak. 

“Tengku buat saya tak tahu nak buat apa.” – Zalia

“Awak boleh buat satu perkara. Marry me, Zalia!” – Tengku Zarif

Seperti pasangan yang lain, mereka melalui bahtera perkahwinan yang indah. Cinta memekar wangi. Anak pengikat kasih. Bagi Zalia, itulah syurganya. Cukup sempurna.

Namun, mereka terlupa. Seorang Tengku Zaharah tidak akan berhenti selagi tidak mendapat apa yang diingini. Pernikahan mereka perlu dihancurkan! Itu sumpah Tengku Zaharah. Dia sanggup berbuat apa sahaja. Walaupun mengorbankan nyawa. 

“Aku tak nak dia ada dalam keluarga aku. Aku kena buat sesuatu.” – Tengku Zaharah

Kemunculan semula Fariena, membuatkan syurga mereka semakin goyah. Zalia cuba bertahan. Tetapi sekuat mana pun dia, apabila terlampau digasak, akhirnya tersungkur jua. Tanpa rela, dia mengambil keputusan yang menghancurkan jiwa.

“Saya nak awak bernikah dengan Fariena.” – Zalia

Ternyata, keputusan itu cuma keputusan bodoh yang melumatkan lagi sekeping hati milik Zalia. Tengku Zarif semakin jauh. Fariena senyum mengejek. Tengku Zaharah ketawa sinis. Lalu, yang tertinggal cuma Zalia bersama hati yang semakin lama semakin dongkol. Tetapi mereka tersilap besar! Seorang Zalia tidak akan selamanya menunduk. Bila diri dan hati sudah selalu dipijak-pijak, dia bangkit bersama dendam.

“You… You… You dah menang, Zalia.” – Fariena

“Selagi kau belum mati, aku belum menang.” – Zalia

Namun, benarkah kebencian harus dibalas dengan kebencian? Benarkah dendam mampu merawat hati yang lebur?



SYURGAKU TAK SEMPURNA
EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 16 Januari 2017
HARI / MASA : Isnin-Selasa, 9.00 malam
SIARAN : HyppSensasi HD 116 (HyppTV)
SKRIP : Ayuni Zamani
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : DarkWave Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Raja Ilya, Shah Iskandar, Uqasha Senrose, Aedy Ashraff, Didie Alias, Zulikmal Amry, Mustapha kamal, Azar Azmi, Zalfa Zin

WATAK PELAKON 
Raja Ilya sebagai Zalia
Shah Iskandar sebagai Tengku Zarif
Uqasha Senrose sebagai Fariena
Didie Alias sebagai Tengku Zaharah
Zulikmal Amry sebagai Zairul
Zalfa Zin sebagai Natasha

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN