♥ Assalamualaikum ♥

Cara Nak Kenal Pasti Duit BR1M Dah Masuk Akaun Ke Belum?

Kecoh dua tiga hari ini pasti duit br1m dah masuk akaun. Tapi bila pergi bank. Masih juga tak ada. Kata hari 18.02.2017 tapi bukan tarikh yang sebenar. Menurut kabar angin media duit br1m akan dikreditkan ke akaun penerima pada 22.02.2016 (Rabu) ini. Tapi sebelum pergi bank...korang jangan lupa semak dulu permohonan anda. 

Pastikan permohona BR1M anda status Lulus. Dan ini bermakna, anda layak menerima duit bantuan rakyat 1 Malaysia. Kalau status ada masih dalam proses. Bermakna permohonan anda masih dalam penelitian pihak Lembaga Hasil. Jika status gagal. Sila rujuk lembaga hasil terdekat. Mana lah tahu, tersalah maklumat gaji ke apa..haha...yang terlebih gaji tak payah nak sibuk pergi menyemakkan diri di cawangan lembaga hasil. 

Pastikan anda menyemak di pautan »»SEMAK STATUS BR1M 

Dah semak, sila lihat bahagian Status Pengkreditan/ Penunaian. Kalau masih ditulis tiada rekod. Bermakna duit br1m anda, masih belum wujud dalam akaun. Tak payah nak buang minyak nak menyemak di bank berdekatan.

Dari semalam sampai ke hari ini. Bank penuh dengan kepala-kepala manusia. Tapi terpaksa pulang dengan hampa. Siapa yang harus dipersalahkan. Entah berapa juta makin hamun rakyat malaysia sebab duit tak masuk akaun lagi.

Bagi mengelakkan anda tertipu dengan desus desis yang tidak sahih. Bagus pergi semak dulu permohonan BR1M anda di pautan di atas. Minyak jimat..makin hamun pun tak ada..haha..

Jangan tertipu....tarikh masuk akaun 22.02.2017 (Rabu). Kalau tak ada juga, jangan salahkan cik akak. Sebab cik akak pun tak pasti tarikh sebenar. Apa-apa pun, sila semak dulu sebelum pergi bank. 

Semoga entri ini membantu korang. Mengenal pasti duit korang dah masuk akaun ke belum.

Post a Comment

  1. Yeayyyy thanks kongsi maklumat ni! tak sabar nak tunggu BR1M masuk hehehe.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, nenek Firash dah dapat dah tadi...

    ReplyDelete


Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

 
Top