Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Friday, February 3, 2017

Beli Novel Urusan Hati Cik Drama Queen - Drama Menggantikan Drama Sayang Papa Saya Tak

♥ Assalamualaikum ♥

Beli Novel Urusan Hati Cik Drama Queen - Drama Menggantikan Drama Sayang Papa Saya Tak

Bagi yang meminati drama adaptasi novel. Korang boleh je cari di kaki novel, karya seni dan penulisan2u. Ketiga-tiga laman web ni adalah antara yang banyak berhubung kait dengan drama adaptasi novel. Terbaru drama yang bakal bersiaran di astro ria menggantikan drama Sayang Papa Saya Tak? adalah drama Urusan Hati Cik Drama Queen. Berminat dengan novel tersebut. Korang boleh singgah laman web kaki novel dan beli secara online.



Beli Novel di kakinovel.my

Sinopsis:-
Betul kata orang. Nak lupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya kelat-kelat masam, akhirnya melahirkan rasa cinta yang baru.
Lantaklah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun. Nak buat macam mana? Hati Syazlin sudah tersuka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. Perasaan harus diluahkan. Di atas tiga helai kertas, dia karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. Siap tabur bedak wangi lagi. Tapi… rupa-rupanya Fadhlan sudah ada kekasih hati. Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa pun untuk ‘termuntah hijau’ selepas membacanya.
Macam mana ni?! Kenapalah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta… pasti putus cinta. Syazlin pun tak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. Mungkinkah putera idamannya itu ialah Faris yang sudah menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang?
Eh! Tapi… takkanlah budak Nizam si rambut Kpop itu pulak?
“Selagi hati dia begitu dan hati aku begini, sampai bila-bila pun urusan hati kita belum selesai.”

1 comment:

  1. wah..menarik..mcm nak beli jer..tq for sharing ye:)

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN