♥ Assalamualaikum ♥

Jangan Terjebak Dengan Produk Kecantikan Palsu

Riuh isu produk palsu memakan diri. Ramai yang tertipu. Apa-apa pun kena disiplinkan diri dengan iman yang kuat dalam diri agar tak terjebak dengan penyalahangunaaan produk kecantikan. Bukan mudah nak rawat balik bila muka dah rosak. Yang penting kawal nafsu untuk jadi cantik sekelip mata.


Tak salah korang nak cantik. Nak licinkan kulit tapi jangan tertipu dengan janji manis penjual. Sebab mereka ada agenda tersendiri untuk lariskan produk mereka. 

Korang bayangkan bagaimana kulit boleh cantik jika seawal penggunaan produk hanya 3 hari atau seminggu. Lepas tu kulit korang jadi putih melepak. Gila wei...3 hari jerawat kecut lepas tu kulit muka putih dan halus. Cik akak seram nak cuba kalau gitu.

Jangan hanya terjebak dengan testimoni dan pengalaman pengguna...

Kulit wajah kita bukan sama pun. Sorang boleh guna produk tu. Sorang lagi tak boleh. Tu pasal nak beli produk kena berhati-hati. Jangan nak cantik je seperti orang lain. Allah menjadikan kita dengan anugerah terindah. Tapi hargai...serta bersyukur dengan apa yang kita miliki. Nafsu wanita tu boleh tak tolak tepi sikit.

Mengalami masalah kulit

Jika mengalami masalah kulit cik akak syorkan korang guna produk mary kay. Mahal memang mahal tapi kalau korang usaha nak beli memang ada kemampuan. Cik akak pun macam korang gak. Duit tak de lah berkepuk-kepuk bawah bantal. Tapi cik akak usaha juga nak dapatkan produk mary kay yang terlajak laris...haha...

Imej di atas adalah usaha cik akak selama sebulan. Alhamdulilah bintik hitam di wajah kian pudar. Biar pun memakan masa yang lama untuk atasi. Tapi cik akak sangat berpuas hati. Satu set botanical mary set ni rm300 +++. Ada 3 set produk yg berlainan. Untuk kulit kering, normal dan berminyak. Cik akak guna yg normal skin.

Bagaimana cara cik akak membeli produk mary kay nie..

Lain entri cik akak cerita....selamat bermary kay kepada yang baru terjebak. Selamat menghabiskan duit untuk yg inginkan cantik..haha

Post a Comment

  1. Klau produk2 on9 ni kita sukar percya nak bli, takut pkai nnt x ngam muka rosak plak aduss

    ReplyDelete
  2. Wah, stunning gitu cik akak hehehe.


    New Update: How My Senior Year?

    ReplyDelete


Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

 
Top