♥ Assalamualaikum ♥

Drama Urusan Hati Cik Drama Queen Bersiaran 06 Februari 2017 Ini - Mengandingkan Scha AlYahya Dan Aiman Hakim 

Drama adaptasi novel lagi. Gempak dah novel diadaptasi drama. Setiap hari ada feed terbaru drama adaptasi novel. Menggantikan drama Sayang Papa Saya Tak...drama Urusan Hati Cik Drama Queen bakal menyusul. Jangan pula setkan temujanji anda.




Kalau novel gempak semestinya drama pun gempak. Kena tengok pelakon mana yang digandingan. Novel ini bakal diadaptasi drama akan datang. Habis satu,ganti satu drama. Drama pun lebih kepada drama adaptasi novel. 




Betul kata orang. Nak lupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya kelat-kelat masam, akhirnya melahirkan rasa cinta yang baru.

Lantaklah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun. Nak buat macam mana? Hati Syazlin sudah tersuka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. Perasaan harus diluahkan. Di atas tiga helai kertas, dia karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. Siap tabur bedak wangi lagi. Tapi… rupa-rupanya Fadhlan sudah ada kekasih hati. Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa pun untuk ‘termuntah hijau’ selepas membacanya.

Macam mana ni?! Kenapalah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta… pasti putus cinta. Syazlin pun tak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. Mungkinkah putera idamannya itu ialah Faris yang sudah menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang?

Eh! Tapi… takkanlah budak Nizam si rambut Kpop itu pulak?

“Selagi hati dia begitu dan hati aku begini, sampai bila-bila pun urusan hati kita belum selesai.” 

Post a Comment

  1. Bini aku minat sgt dgn Scha Alya ni..tak terlepas movie n drama dia..siap download lagi haha

    ReplyDelete


Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

 
Top