Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Monday, January 2, 2017

Drama Sayang Papa Saya Tak? Bersiaran 09 Januari 2017 Menggantikan Drama Isteri Tuan Ihsan

♥ Assalamualaikum ♥

Drama Sayang Papa Saya Tak? Bersiaran 09 Januari 2017 Menggantikan Drama Isteri Tuan Ihsan

Drama terbaru adaptasi novel. Drama menggantikan drama Isteri Tuan Ihsan. Bakal bersiaran pada 09 Januari 2017. Minggu hadapan. Drama diterajui gandingan emma maembong dan hisyam hamid. Saksikan drama ini bersiaran isnin depan di astro ria dan tayangan serentak di astro ria HD.



Sinopsis:-
Farish mengahwini Raisya atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan itu kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu setelah kematian Kasih. Anaknya perlukan seorang ibu dan dia sendiri tidak kuat untuk menjaga anaknya itu. Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.
Namun… emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.
“RM100,000.00 Encik Farish? Yang tak gatal pun mesti jadi gatal.”- Raisya.
Kalau begitu ragamnya, bagaimana Farish tidak pening dengan Raisya?


2 comments:

  1. Hoh ada lagik adaptasi.. Haiss.. Tapi Ria.. Tak dpt le nak nonton.. Tgk online aje la nanti.. hehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum Cik Akak ...mcm best juga jln cerita ni...kita tunggu waktu siarannya nanti...:)

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN