Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Wednesday, January 18, 2017

Dalam Banyak-Banyak Lokasi, Pasar Sayur Juga Yang Ramai Orang...

♥ Assalamualaikum ♥

Dalam Banyak-Banyak Lokasi, Pasar Sayur Juga Yang Ramai Orang...

Serius cik akak adalah manusia yang paling jarang pergi pasar sayur. Sebab cik akak tahu lokasi tu pasti ramai orang. Sayur yang dijual pun mesti murah2 dan segar. Cik akak pula, lebih suka berbeli sayur di pasaraya je. Bukan nak berlagak, tapi sebenarnya cik akak tak suka lokasi ramai orang. Dengan kita yang terpaksa berhimpit dengan orang ramai. 


Bukan tu je, kadang sebarang je orang langgar kita waktu berjalan. Dah badan kita yang kecik ini. Pastinya boleh jatuh..haha..

Bau..tak boleh lah kira. Redha je kalau dah berhimpit. Biasalah pasar sayur ni memang ramai manusia alam sejagat. Tak kira tua muda. Pilihan sayur mayur pun, sampai rambang mata. Hampir kesemua dijual dengan harga yang murah. 

Satu hal lagi cik akak tak suka singgah pasar sayur...haha...sebab tak tahu nak beli apa. Makan sayur pun memilih. Bila berbeli pun, asyik kacang panjang, cekur manis dan baby corn. Kadang ada juga beli sayur lain seperti terung iban. Paling sedap lah terung iban ni. Rugi korang tak cuba. Kalau nak order terung iban, boleh cari cik akak. Nanti kita pos..hahaha

3 comments:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN