Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Thursday, December 1, 2016

Traveloka Pasti Merealisasikan Impian Percutian Di Sabah Cik Akak

♥ Assalamualaikum ♥

Traveloka Pasti Merealisasikan Impian Percutian Di Sabah Cik Akak

Musim cuti dah datang, apa tunggu lagi. Carilah lokasi mana yang korang nak lawati. Cik akak bercuti nak pergi mana. Ahh...Impian percutian cik akak semestinya Negeri Sabah. Kenapa harus pilih Sabah..Kenapa tak pilih lokasi lain. Untuk pengetahuan korang sebenarnya cik akak pernah bercuti kat Sabah ni. Tu pun Tahun 2010. Dah lama juga kan. Sekarang ni pun musim cuti sekolah. Lagi senang cik akak nak bercuti. Memang dah lama juga berimpian nak travel balik ke Sabah ni. Maklumlah nak travel pun bukan boleh pergi macam tu je. Kena ada perancangan bajet yang rapi dan persediaan tempat yang perlu kita lawati. Ah...nampak menarik sikit point cik akak kat situ. Bajet dan persediaan lokasi travel. 

Nak travel ni kenalah survei hotel dan tiket penerbangan. Ah satu perkara yang pasti merumitkan. Tak perlu risau sebab cik akak nak perkenalkan satu website online, di mana korang boleh tempah hotel siap dengan pakej penerbangan sekali. Mudah je kan, hanya dihujung jari je segala impian anda pasti menjadi realiti. Ni bukan cerita donggeng yang korang selalu fantasikan. Tapi realitinya hanya di hujung jari impian pasti terlaksana.

Pernah tak dengar laman web Traveloka. Tulah laman web yang cik akak nak ceritakan kat korang. Traveloka adalah salah satu platform penerbangan dan tempahan hotel terkemuka di Asia Tenggara, berkhidmat lebih daripada 18,000 laluan dan ribuan hotel di Asia Pasifik. Nak detail lebih lanjut korang boleh singgah www.traveloka.com.my dan #MyTravelokaEscapade. Pelbagai pakej yang ditawarkan. Korang boleh pilih ikut bajet korang. Kan mudah kerja. 

Kenapa cik akak memilih Sabah untuk destinasi percutian cik akak..tak sabar nak cerita ni :-

1. Tanjung Aru Beach



Kali pertama singgah Tanjung Aru Beach, terus rasa teruja. Dengan pantai yang bersih. Yang paling best kat tepi pantai tu ada gerai jual makanan seperti satay, seafood fresh dan pelbagai buah-buahan. Tiap petang wajib singgah sini sebab nak beli jagung dan jeruk mangga yang sedap. 

2. Kundasang, Ranau
Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Ia terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang. Nah memang menarik tau. Rugi kalau tak singgah kalau pergi bercuti di Sabah. Bagi yang nak berhoneymoon lokasi yang terbaik pilihan korang pastinya kundasang. 
3. Pasar Filipina, Kota Kinabalu

Bagi yang suka shopping ole-ole untuk di bawa balik. Kat sini lokasi yang paling sesuai untuk korang berbelanja. Harga yang ditawarkan amat murah dan berkualiti tinggi. Malahan pelbagai kraftangan dijual. Bukan tu je, pelbagai makanan laut seperti sotong kering, ketam dan ikan bilis jual di situ. Nah sekali dah singgah, korang kena pusing-pusing satu Pasar Filipina ni. Rugi kalau tak geledah satu Pasar Filipina ni.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Sabah ni. Contoh Kolam air panas (Poring Hot Spring) yang berlokasi di Ranau, Sabah. Lokasi ni je cik akak tak sempat nak terokai. Sebab dah migrain gara-gara cuaca yang terlampau sejuk...hihi...kalau berkesempatan bercuti di Sabah lagi. InsyaAllah cik akak pasti singgah Kolam Air Panas ni. 

4 comments:

  1. Cik Akak datang Sabah, sy boleh jadi pemandu pelancong hehe..semoga impian tercapai..jgn lupa roger2 kalau dah beli tiket nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maka dirik di kuching..haha..boleh..janji beres..tunggu cik akak honeymoon lok..haha

      Delete
  2. good luck, ingin juga bercuti ke sabah

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN