Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Monday, December 5, 2016

Drama Nahu Rindu Bersiaran Pada Januari 2017 - Jangan Lupa Setkan Temujanji Anda

♥ Assalamualaikum ♥

Drama Nahu Rindu Bersiaran Pada Januari 2017 - Jangan Lupa Setkan Temujanji Anda

Sebelum ni cik akak ada backlink pautan drama ini di blog. Namun terpaksa didelete atas alasan menghormati para pelakon dan krew-krew yang terlibat. Cik akak tak pastilah. Macam mana drama ini boleh tersebar sampai episod akhir. Sedangkan belum bersiaran di kaca TV. Mungkin ada pihak yang terlibat yang tidak bertanggungjawab. 


Drama Nahu Rindu gandingan kali kedua pelakon Ariel Zafrel dan Ummi Nazeera. Drama ini pasti mendapat ranking yang tinggi sama seperti drama Patahnya Sebelah Sayap yang pernah ditayangkan di slot samarinda TV3. 

Menurut sumber drama ini bakal bersiaran Januari 2017. Nantikan drama ini bersiaran di kaca tv anda. 

Sinopsis Drama Nahu Rindu - Bukan Drama Adaptasi Novel

Segalanya berubah apabila Kasyaf meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk ke perkahwinannya bersama Nazira. Ibu Kasyaf yang cacat penglihatan tidak tahu bahawa Kasyaf telah pun meninggal dunia. Suatu hari, Nazira bertembung dengan Fateh yang seiras Kasyaf. Dia mula jatuh hati tapi Fateh telah pun berumah tangga.Bagaimana pula kesudahan drama ini. Saksikan drama Nahu Rindu yang bakal bersiaran Januari 2017 akan datang. "Pemergianmu Membawa Bersama Separuh Jiwaku".

1 comment:

  1. alamakk..dari sinopsis macam mencabar ja cerita ni huhu

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN