Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Thursday, December 8, 2016

Berbaloi Ke Aku Beli Handbag Kat Lazada Malaysia

♥ Assalamualaikum ♥

Berbaloi Ke Aku Beli Handbag Kat Lazada Malaysia
Sebenarnya cik akak tak pernah lagi shopping handbag kat Lazada Malaysia. Bila tolong kekawan survei barangan. aaa...mahal betul. Tak boleh tertipu dengan barangan Lazada Malaysia. Harga memang murah. Tapi kos penghantaran bahagian Sarawak agak mahal dari item yang kita beli. Bukan sengaja nak cari pasal dengan Lazada Malaysia. Itulah hakikatnya. 

Perbandingan dua item yang cik akak survei. Terasa tertipu dengan harga diskaun..haha...bila bab kos penghantaran ke Sarawak. Memang agak mengecewakan cik akak. Mungkin untung bagi mereka yang bermastautin di Semenanjung Malaysia. Sebab Lazada Malaysia menawarkan kos tambang percuma. 

Gambar 1 - Item Lazada Malaysia (Produk Oversea)


Barangan pertama ini barangan oversea. Kos Penghantaran adalah percuma. Risiko kehilangan barangan memang tidak dinafikan. Apatah lagi memerlukan masa berapa minggu untuk proses penghantaran item. Untung kan kalau beli item yang oversea. Murah dan berbaloi. Kualiti cik akak tak berani jamin....


Gambar 2 - Item Malaysia (Harga barang Murah...Tapi Kos Penghantaran 2x lebih mahal dari item)

Sedikit kekecewaan dekat situ. Cik akak berkenan dengan handbag Mango nie. Tapi amat mengecewakan bila kos penghantarannya RM68.90. Cik akak tak tipu. Itulah kenyataannya. Barangan yang ada stok kat Malaysia....harga diskaun murah tapi kos penghantaran barangan memang mengecewakan cik akak. Cik akak yang pernah hantar kek lapis 2 ketul saiz satu acuan besar. Tak adalah sampai mahal macam tu sekali. GST....GST juga tapi kenalah pada tempatnya...Kalau cik akak timbang kilo beg nie...kompem tak sampai 1kg.

Entri ini bukan nak kecam Lazada Malaysia. Tapi tak berkenan dengan kos penghantaran yang mahal mengalahkan produk yang dibeli. hahaha...Lazada Malaysia jangan kecam cik akak...Ini cuma keluhan pelanggan yang jauh macam cik akak nie..haha

9 comments:

  1. cik nor xpernah shopping kat lazada..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik akak beli baju je pernah cik nor...minyak wangi semua

      Delete
  2. lorr..yeke...cuba cari pattern gini jugak kat lazada dari lain penjual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak macam satu je penjual nie...hihi...

      Delete
  3. Cuba taip poskod di Kuala Lumpur atau JB..berubah tak kos postage tu? kat sabah & sarawak je mahal ni Cik Akak...huhu sabar jak lah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...jangan ko macam-macam..haha..

      Delete
  4. Tak pernah beli kat Lazada, tapi beli kat onemallshop pun ok..tak de la mahal sgt :)

    ReplyDelete
  5. I already bought the first handbag, btw kualiti tak macam dalam gambar haha entahlah but worth the price lah :(

    ReplyDelete
  6. Mungkin sebab barang tu naik belon ke sana.

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN