Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Saturday, November 5, 2016

Video Promo Drama 7 Hari Mencintaiku - Slot Akasia 07 November 2016

♥ Assalamualaikum ♥

Video Promo Drama 7 Hari Mencintaiku - Slot Akasia 07 November 2016

Gandingan mantap dua pelakon kegemaran cik akak. Semesti cik akak akan follow..Drama adaptasi novel karya Siti Romizah memang novel yang paling best. Tapi tak tahu, ranking bila didramakan.


Mengandingkan teraju Syukri Yahaya dan Siti Saleha. Drama adaptasi novel ini mengisahkan seorang gadis bernama Mia Adriana yang angkuh dan sombong dengan harta kekayaan keluargakan. Terpaksa kahwin dengan khuzairi yang tak memiliki apa2. Adakah bahagia milik mereka....jom.kita layan review dari pembaca novel ini. 

Video Promo 7 Hari Mencintaiku - Slot Akasia Terbaru

Sinopsis 7 Hari Mencintaiku

Silap aku juga, kerana jatuh cinta
Insan sepertimu, seanggun bidadari
Seharusnya aku, cerminkan diriku
Sebelum tirai kamar aku buka
Untuk mengintaimu…

Blurb:

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampong yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang dilemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.


“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”

Amanah? Amanah siapa yang digenggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Review pembaca

Kak Chik menukil:

Novel ke-4 dari penulis berbakat ini memang tebal, sekali tengok dah macam kamus dewan. 7 Hari Mencintaiku juga merupakan novel kedua yang diterbitkan oleh SR Publication. 

Menelusuri karya ini membuatkan emosi Kak Chik turun naik, sekejap rasa terlalu sedih sampai merembes air mata, sekejap rasa geram yang teramat sangat, sekejap rasa terlalu gembira, sekejap rasa macam nak cepok-cepok aje watak-watak dalam karya ni.

Pertemuan Khuzairi dengan Mia Adriana selepas 12 tahun terpisah telah mengikat mereka pada suatu pertalian yang tidak pernah terimpi oleh kedua-duanya. Khuzairi yang sedari dulu menyimpan hati pada ada Megat Idrus tidak pernah menyimpan walau sebesar hama untuk berdamping dengan gadis itu. Mia Adriana terlalu menbenci Khuzairi kerana peristiwa surat cinta dan juga status diri Khuzairi sebagai orang kampung. Mia Adriana terlalu angkuh dan berbangga diri sebagai anak orang kaya. Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya; Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan papanya muflis. Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka dan papanya telah meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya.

Mia Adriana terpaksa rela kerana dia tidak mahu papanya terluka lagi dengan sikap degil dan keras kepalanya.

Dan seterusnya, bermula hidup Mia Adriana sebagai seorang yang tiada harta benda. Khuzairi nekad untuk membawa isterinya balik ke kampung setelah mendapat tahu Puan Hayati mahu membawa Mia Adriana ke Australia. Khuzairi menggunakan kuasanya sebagai suami demi melindungi maruah Mia Adriana selepas mengetahui kisah sebenar yang terjadi di sebalik keruntuhan rumah tangga Puan Hayati dan Dato’ Megat Idrus.

Sepanjang berada di kampong, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha, mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati. Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi. Aduhai pelbagai kata-kata kesat yang meniti pada mulut-mulut mereka, pantang bersua muka pasti terjadi perang besar. 

Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Selepas selesai satu masalah pasti ada masalah lain yang ganti. Memang tidak pernah aman dari masalah perhubungan mereka ni. Khuzairi pula terlalu mengikut segala kehendak Mia demi menjaga hati Mia dan tidak mahu Mia bersedih lagi. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.

Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku? Apakah Pak Samad mampu membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakilla untuk menjadi isteri Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain pengembali kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?

Karya ini memberi peluang yang seimbang kepada semua watak yang wujud walaupun terdapat sesetengah watak ada yang mati di bahagian tertentu plot cerita. Garapan watak-watak yang mendapat hukuman daripada setiap kesilapan juga menjadi salah satu kekuatan karya ini. Dan pada bab-bab terakhir ni kita akan selalu dihidangkan dengan ungkapan, “Abang sayang isteri abang ni.”

Sumber Review Novel

2 comments:

  1. WoW!!! Bestnye.. Tak sabar nak tengok ni

    ReplyDelete
  2. mcm pernah baca novel ni. tpi tak igt :) Tapi ada siti salehaaaaaaaaaaa hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN