Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Wednesday, November 30, 2016

Sinopsis Penuh Drama Suamiku Paling Sweet - Drama Adaptasi Novel Bersiaran 26 Disember 2016

♥ Assalamualaikum ♥

Sinopsis Penuh Drama Suamiku Paling Sweet - Drama Adaptasi Novel Bersiaran 26 Disember 2016



Sinopsis Penuh Suamiku Paling Sweet 
Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Qisya diminta menjadi pengasuh sementara kepada cucu Puan Fatma, Hafiy. Namun, satu peristiwa mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri kepada Izz Haikal dan mummy Hafiy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.
Qisya pada mulanya memberontak sehingga meninggalkan Izz dan Hafiy selepas diijab kabulkan. Setelah dipujuk dan Izz memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri, akhirnya Qisya kembali semula ke pangkuan Izz dan Hafiy dengan syarat tiada seorang pun akan mengungkit pasal peristiwa yang menyebabkan mereka dikahwinkan.
Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.

1 comment:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN