Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Wednesday, November 30, 2016

Novel Pembancuh Kopi Mr. Vampire Karya Aii Fariza - Drama Adaptasi Akan Datang Di HYPP TV (Gandingan Ungku Ismail Aziz & Nazeera Sardi)

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Pembancuh Kopi Mr. Vampire Karya Aii Fariza - Drama Adaptasi Akan Datang Di HYPP TV (Gandingan Ungku Ismail Aziz & Nazeera Sardi)



Sinopsis Novel Pembancuh Kopi Mr Vampire


Selaku CEO, Alif Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress. Serasa putaran dunianya bertukar paksi. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya.

Logically or practically memang tak mungkin terjadi bagi kau, Syad. Tapi kau kena ingat semua perkara ini cuma terbatas di fikiran sedangkan bukannya sesuatu yang impossibleuntuk berlaku. Jangan sampai teori logik akal kau memakan diri. Secara praktikalnyapulak kau dating mengadu dekat aku yang kau dah jatuh cinta dengan wanita macam Nuzul.” ~ Syed Saiful.

Sumpahan atau doa seorang sahabat? Bermatimatian Irsyad menafikan rasa namun, pesona si gadis merantai naluri. Akhirnya bisikan asmara mendahului jiwa yang kelelahan cinta. Lantaran itu, Irsyad akur demi meneguk kasih seorang Nuzul Filzah.

“Aku sukakan kau, Nuzul. Lebih daripada nyawa ini aku boleh berikan pada kau.”
“Encik….”
Please be mine. Jadi milik aku supaya aku boleh menjaga kau dan adik-adik kau.”
“Jangan suka saya boleh tak?”
“Dah terlambat, Nuzul. Aku jatuh cinta dengan kau lebih awal daripada ini. Sekarang hati aku hanya inginkan kau. Aku nak jadi sebahagian daripada keluarga kecil kau.”

Nyata takdir menguji kasih yang terjalin. Kehilangan Nuzul hampir meragut kewarasan Irsyad. Gadis itu pergi bersama separuh nyawanya. Irsyad tenggelam punca. Hari-hari yang ditempuhi umpama mayat hidup.

Empat tahun berlalu... menemukan mereka semula. Pabila mata bertentangan, memori-memori pahit mengundang kebencian antara dua hati. Memadamkan rindu dendam yang menguasai jiwa mereka selama ini. Irsyad dan
Nuzul saling menyakiti demi menyembunyikan getaran asing. Getaran yang sama seperti empat tahun lalu.

Lantaran gagal membendung perasaan, malam itu Irsyad bertindak di luar pedoman. Cinta, rindu dan dendam
membakar semangatnya untuk memiliki Nuzul. Dia harus memasung sepasang kaki itu agar terikat di sisinya.

“Tolonglah awak, saya tak rela. Saya tahu fikiran awak terganggu, awak takkan tergamak buat saya begini.”

“Kalau aku sentuh kau tentu kau takkan larikan, sayang.”

“Jangan jadi makhluk yang terhina dengan melakukan zina. Allah melihat perbuatan kita dan saya takkan pernah menerima lelaki yang hanya ingin bertanggungjawab selepas melakukan dosa besar.”

“Bolehkah aku percayakan kau? Apa jaminannya kau takkan tinggalkan aku lagi? ”

“Percayalah kali ini saya takkan pergi lagi. Saya dah cukup terseksa hidup tanpa awak.”

“Kau terseksa seperti aku, Nuzul? Tapi kenapa kau tinggalkan aku? Apa alasan kau?”

Setiap kali persoalan itu berbangkit, Nuzul pilih untuk berdiam diri. Irsyad panasaran demi menuntut sebuah jawapan. Semakin dia ingin mengetahui, semakin Nuzul bijak mengelak. Walaupun ijab dan kabul termeterai, erti bahagia sukar dikecapi. Rumah tangga yang bertunjangkan cinta menjadi suram lantaran penghuninya berlaku dingin. Demi sebuah rahsia, Irsyad tegar menyakiti wanita yang dicintai. Selagi sang isteri berdiam diri, selagi itu bulan madu mereka terus tertangguh.

“Abang, kita kena kahwin paksa ke?”

“Tak.”

“Tapi kenapa kita macam pasangan yang kena kahwin paksa? Permulaan perkahwinan dah tak rasa bahagia.”

“Nuzul ada jawapannya.”

Biarpun seribu kali hatinya tercedera, Nuzul bertahan kerana dia mencintai sang suami. Bukan sengaja mahu mendera diri, tapi Nuzul yakin mereka boleh bahagia tanpa mengetahui rahsia tersebut. Namun adakah Irsyad akan mengalah begitu saja? Dapatkah Nuzul terus menyembunyikan segala jawapan sedang hatinya saban hari terhiris dan terluka? Siapakah yang harus mengalah dalam soal ini? Irsyad atau Nuzul?

“Umpama permainan catur, aku ibarat ‘queen’ yang melindungi rajanya (king).”

1 comment:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN