Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Thursday, November 3, 2016

Lelaki Tidak Berkerjaya..Wanita Nak Ke? - Apa Kata Wanita

♥ Assalamualaikum ♥

Lelaki Tidak Berkerjaya..Wanita Nak Ke? - Apa Kata Wanita

Siapa tak nak ada suami yang ada kerjaya tetap. Tak kira wanita datang dari planet mana. Pasti menginginkan lelaki berkerjaya untuk di jadikan calon suami. Tak kira lah, berkerjaya dari sudut mana. Yang penting berpendapatan tetap setiap bulan. 

Imej google
Tidak dinafikan kehidupan sekarang yang penuh dengan nilai wang ringgit pasti membuatkan wanita takut mendampingi lelaki yang tidak berkerjaya tetap...Harus diingat, bukan semua lelaki tidak bertanggungjawab seperti anda sangkakan...

Bila isu ini diutarakan, ini bermakna wanita perlu ada tolenrasi dalam perhubungan. Lelaki tak berkerjaya, korang jangan pandang remeh. Sebab mereka ada agenda tersendiri. Lebih-lebih lelaki yang bertanggungjawab. 

Semalam, isu ini encik abang utarakan kepada cik akak....

"Syg...Kalau abg tak kerja tetap...Syg masih nak ke kat Abg "

Terus cik akak gelak je....

Lepas tu abang cakap balik

"Abang Serius lah Syg"

Jawapan cik akak :-

Berkerjaya atau pun tidak cik akak tak kisah. Apa yang penting bagi cik akak, dia usaha untuk mendapat apa yang dia inginkan. Harta kekayaan tak mampu menandingi kasih sayang yang Allah bagi. Selagi...abg usaha....insyaAllah ada hasilnya..Yang penting, jangan putus asa. Mungkin hari ini bisnes abg tak berapa maju. InsyaAllah rezeki Allah luas..pasti ada rezeki. Yang penting abang jaga tanggungjawab abg..usaha bagi keperluan..walaupun tak banyak mana rezeki yg abg dapat.

Realitinya dunia...memang mendambakan duit dan harta kekayaan. Tapi tak salah kita bertolenrasi dalam perhubungan. Anggap rezeki yang kita perolehi adalah rezeki bersama pasangan. Jangan pernah berkira walaupun satu sen....insyaAllah...damai perhubungan anda dengan tolenrasi dan kasih sayang...

Abg....mintak duit..nak gi shopping..hahaha

6 comments:

  1. rezeki selepas kawin dan di syurga nanti tiada siapa yang tahu kan... InsyaaAllah....

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH rezeki tak pernah salah alamat...

    ReplyDelete
  3. Kalau dulu ya..bila dengar lelaki atau suami tidak bekerja awal awal dah kena reject..tapi sekarang lain,,ada isteri yang minta sendiri suaminya berhenti kerja untuk urus rmhtangga..dan istilah bekerja itu jangan hanya dinilai dengan berpakaian kemas sandang bag start enjin kereta atau motor 7 pg balik 5 ptg..sekarang ngadap laptop pun boleh in...yg penting ilmu..

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum... naomie,

    Kelebihan masih tetap kepada lelaki yang berkerjaya kerana ada jamin kerja kan... pape terletak pada masing2 kan. Insaallah rezeki sentiasa ada andai kita yakin kan,..

    mselim3

    pls: rezeki yakinlah Allah SWT yang bagi kan...:)

    ReplyDelete
  5. Sebagai seorang lelaki, adalah menjadi tanggung jawab beliau memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Jika beliau sedar, faham dan berani ammbil tanggungjawab ini, apa salahnya berkahwin dan apa salahnya sigadis tu memerima si teruna tadi. Cuma si gadis je mungkin segan dengan kawan atau saudara mara bila mereka tanya, " Sauami kau kerja apa?".

    ReplyDelete
  6. Pada saya, Saya perlukan lelaki yang berkerja dan bergaji tetap..
    Tak kisah lah kerja sebagai apa.. Janji halal..
    sebab keperluan dan perbelanjaan rumah memang ditanggung suami..
    Setiap bulan ada peruntukkan dan bil yang perlu dijelaskan..
    saya berkerja untuk membantu mana yang boleh..
    Kalau tak berkerja, memang sesaklah jawabnya..
    Tambah zaman sekarang yang penuh dengan cukai sana sini dan nilai mata wang jatuh..

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN