Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Sunday, November 13, 2016

Lagu Hidup Dalam Mati - Nyanyian Syamel AF5

♥ Assalamualaikum ♥

Lagu Hidup Dalam Mati - Nyanyian Syamel AF5 

Lagu Hidup Dalam Mati sebenarnya antara lagu yang dipertandingkan untuk Anugerah Juara Lagu Ke 31. Tapi akhirnya terpaksa menarik diri gara-gara kekeliruan hak cipta terpelihara. Apa pun tahniah lagu ni mampu tercalon untuk dipertandingkan...

Lakaran lukisan tak berwajah
Meronta ku di dalam kesunyian
Tak rela ku mengejar cinta yang hampir kelam
Sendiri ku di sini pilu

Angin bawalah aku pergi
Pergi dari kesakitan ini
Tak mampu ku menahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati

Tak mampu ku menahan
Peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati

1 comment:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN