Header Ads

Gempar Rahsia Cik Akak Menjana Pendapatan Nuffnang RM100 Sebulan

♥ Assalamualaikum ♥

Gempar Rahsia Cik Akak Menjana Pendapatan Nuffnang RM100 Sebulan

Dulu jangan kata tak pernah tunggu lama nak cashout duit nuffnang. Bertahun-tahun cik akak dapat RM1. Percaya tak percaya korang geledah je blog cik akak. Memang teruja cik akak dapat duit rm1. Untung korang sekarang, setahun dah boleh cashout. Tapi cik akak dulu, paling lama tunggu dua tahun..haha..bertapa menjauhnya rezeki Allah kat cik akak. Tapi cik akak simpan je duit RM1 tu dengan penuh sabar. Dan akhirnya dapat juga cashout..

Bila, sekarang ni cik akak terdengar ramai blogger mengeluh nuffnang lambat membiak. Terus cik akak kasi up semangat korang. Bagi motivasi sekejap. Memang tidak dinafikan,menjana pendapatan melalui iklan nuffnang payah sebab kita dibayar dengan nilai yg cukup rendah. Tapi selagi kita percaya pada rezeki Allah. InsyaAllah yang sen-sen pasti bertukar menjadi puluh ringgit, ratus ringgit dan ribu ringgit.

Pendedahan Sebenar Di Sebalik Rahsia Jana Pendapatan Nuffnang RM100 Sebulan


Antara Cpuv Nuffnang terkini yang membantu cik akak dapat ratus ringgit. Kalau status kredit semua memang dah dapat RM200

Inilah keyword yang membantu blog cik akak. Pautan novel memang menjadi igauan pengunjung blog cik akak. Tapi tak semudah itu, kena usaha gigih sebab ramai blogger bersaing dapat keyword sebegini.

 Antara pengunjung yang singgah di blog cik akak. Blog cik akak US yang pegang ranking pertama. Tak kan orang US baca novel..haha..novel cinta lagi tu.. 

Inilah rahsia paling penting. UV dan PV akaun nuffnang anda. Tengok UV dan PV nuffnang cik akak turun naik..haha 
Akhir sekali, target pageview blog anda. Biasa cik akak letak target 10K sehari. Alhamdulillah blog kekal dapat PV harian macam tu.


Bukan mudah, tapi dengan usaha dan doa pasti membantu anda. Lain blogger lain caranya. Gaya penulisan pun berbeza. Jangan takut orang perlekehkan blog anda. Sebab kita ada hak menulis apa yang mampu kita kongsikan.

Sekian. Semoga entri ini dapat membantu blogger baru jana pendapatan melalui blog. 

9 comments:

  1. bnyyak nyaa view. lela bila tah naksmpai tahap tu

    ReplyDelete
  2. Bagus tip menulis novel ya..betullah, lain orang lain caranya..rezeki cik akak lah tu nuff sayang sgt haha

    ReplyDelete
  3. Tu la..lain org..lain caranya..yang pentong menulis

    ReplyDelete
  4. Semangat terus! teruskan menulis cik akak <3

    ReplyDelete
  5. terbaik lah cik akak.. tahniah.. :D

    ReplyDelete
  6. Gud luck cik akak, kita da lma x mnulis tu yg nuff x brapa aktif skrg, insyallah nak blik aktif mcm dulu2

    ReplyDelete
  7. Ini yg buat semangat ni tahniah..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.