Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Wednesday, November 30, 2016

Awak Sangat Nakal Episod 15 - Minggu Akhir (Episod Akhir Esok)

♥ Assalamualaikum ♥

Awak Sangat Nakal Episod 15 - Minggu Akhir (Episod Akhir Esok)

Jam ni jangan nak tanya abg. Sebab memang tengah layan drama ni. Minggu akhir wajib tonton. La...abg follow drama nie dari episod 1 hingga Episod akhir esok..haha...kemain lagi minat. Minggu akhir...korang yg follow drama nie boleh lah set esok ye..Awak Sangat Nakal Episod Akhir.



Awak Sangat Nakal Episod 15 - Tonton Episod Akhir Esok

Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh.

Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN