Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Tuesday, November 29, 2016

Sinopsis Drama Ainur Mardhiyah - Slot Azalea Skrin TV9

♥ Assalamualaikum ♥

Sinopsis Drama Ainur Mardhiyah - Slot Azalea Skrin TV9


Sinopsis Drama

Perlukah seseorang itu dihina dan dicaci jika dilahirkan tanpa mengetahui asal usulnya? Itulah yang terjadi kepada seorang gadis bernama Ainur Mardhiyah yang tidak pernah berjumpa dengan orang tuanya. Ainur Mardhiyah atau lebih dikengli sebagai Dhiya, dibesarkan oleh nenek dan datuknya kerana ditinggalkan ibu. 

Penduduk-penduduk kampung halamannya memandang hina dan tidak menyukainya. Dhiya hanya mempunyai dua sahabat baik, Saiful dan Kiflie yang sentiasa berada di sampingnya. Saiful sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Dhiya. 

Malangnya Dhiya kehilangan kedua-dua nenek dan datuknya yang terlibat dengan kemalangan. Sejak hari itu, Dhiya terasa kekosongan kerana tidak mempunyai sesiapa lagi dalam hidupnya.

Setelah tamat SPM, Dhiya nekad untuk meninggalkan kampungnya tanpa memberitahu sesiapa dan mencari ibu kandungnya di KL. Dhiya berpisah dengan sahabat-sahabatnya.

Untuk meneruskan kehidupan, Dhiya terpaksa bekerja separuh masa untuk menyambung pelajarannya di universiti. Pada suatu hari, Dhiya dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh Aina. Aina membawa Dhiya ke klinik untuk dirawat.

Mereka berbual dan menjadi semakin rapat apabila mengetahui tempat mereka belajar adalah sama. Aina mengetahui tentang Dhiya dan menawarkannya untuk bekerja di butik pakaian milik ibunya. Dhiya sangat bersyukur kerana boleh mencari rezeki untuk meneruskan kehidupannya. 

Sekali lagi, dugaan menimpa Dhiya. Dia disabotaj oleh Kak Lin, pekerja di butik ibu Aina. Pelbagai tomahan dan cabaran sepanjang dia bekerja di situ.

Dhiya terkejut apabila pertama kali berjumpa dengan ibu Aina, Ainul Mardhihah (Mar) yang sebenarnya merupakan ibu kandungnya. Mar termakan hasutan pekerjanya dan tidak mempunyai tanggapan baik terhadap Dhiya.

Berjayakah Dhiya bersatu dengan ibunya selepas mengharungi pelbagai cabaran hidup? Dhiya ditemukan dengan Saiful dan Kiflie selepas 4 tahun. Persahabatan mereka bertiga bakal diuji apabila Saiful dan Kiflie ingi memenangi hati Dhiya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN