Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Friday, October 14, 2016

Semalam Suri Hati Mr. Pilot Terlebih Sweet Pula Dah..

♥ Assalamualaikum ♥

Semalam Suri Hati Mr. Pilot Terlebih Sweet Pula Dah..

Terlebih gula pula dah drama adaptasi Suri Hati Mr. Pilot nie...Cik akak nonton dah feeling filem hindustan pual dah...Serius...makin lama makin menarik..Dengan gandingan Neelofa dan Fattah Amin yang buat makcik-makcik tak lena tidur...



Majlispertunangan Warda akan berlangsung hari ahad ni! walid tak nak dengar apa-apa bantahan
pun daripada Warda!!”
Warda terpempam
diatas sofa mewah diruang tamu rumah agam milik keluarga Tan Sri Khalid
Al-Fattah yang terletak di Coutry Height, Kajang itu. beranak sungai pipinya
dengan air mata yang merembes keluar. Keputusan yang keluar dari mulut walidnya
terlalu payah untuk diterima, apatah lagi bila terkenangkan si pemilik hatinya
kini, Ahmad Muslim merangkap abang sepupunya sendiri.
“Walid tak boleh
macam ni...Warda cintakan abang Mus!” tegas Warda Erina dengan sepenuh hatinya.
Dia takkan pernah sesekali mengkhianati janji yang sudah terpateri antara dia
dan abang Muslim.
Mata Tan Sri
Khalid Al-Fattah bersinar garang mencerlung puteri tunggalnya itu. Telinganya
cukup pantang mendengar sepotong nama itu, apatah lagi bila keluarnya daripada
mulut anaknya sendiri.
“Tak pernah
terjadi dalam keturunan keluarga Al-Fattah berkahwin dengan abang sepupu
sendiri Warda!! walid takkan pernah benarkan!” bertempik kuat suara berang Tan
Sri Khalid Al-Fattah sampai naik merah mukanya menahan rasa baran yang membakar
hatinya. mencerlung biji matanya.
Puan Sri Nabiha yang
sejak tadi hanya menjadi pendengar setia perbalahan antara suami dan puteri
tunggalnya itu mula bangkit dari sofa. Belas dia melihat tangisan pilu anaknya
itu. Tapi apakan daya, dia juga takkan mampu hendak mengubah keputusan bulat
yang sudah diambil suaminya. Kalau hitam katanya, hitamlah. takkan pernah
berubah menjadi putih.
“Janganlah tegking-tengking
macam ni abang. Nanti Raeef dengan Rafeeq dengar.” Bimbang dia andai si kembar
lelakinya terdengar dari atas. Bukannya dia tidak mengerti betapa sayangnya
anak-anak lelakinya itu pada kakak mereka ini. Paling-paling pun kalau mereka
mendengar diatas, mereka juga sudah turut memerah mata.
“Biarkan!! biar
mereka tau dan belajar macam mana prinsip hidup sebagai ahli keluarga Al
Fattah! supaya takde memalukan abang nanti, bercinta dengan sepupu sendiri,”
balas Tan Sri Khalid Al-Fattah berkata sinis. Cukup untuk menghiris hati kecil
milik Warda yang sudah teresak-esak.
Warda sudah menekup
mukanya yang sudah lencun. Kemudian dia mengesot mendekati uminya disofa
bersebelahannya. “Umi...” Kepalanya digeleng lemah. “Warda tak nak kahwin.”
luahnya lirih.
Wajah bujur
sirih milik anaknya itu diusap penuh kasih. Macam mana lagi dia henak membantu,
dia sendiri buntu. Kecut juga perutnya hendak membantah keputusan suaminya.
walau bagaimanapun, dia hanya tetap seorang isteri yang patut patuh pada arahan
suami. Tapi kalau ini melibatkan kebahagian masa depan puteri tunggalnya ini
pula macam mana?

“Abang..kesian
la dengan Warda. Dia satu-satunya anak perempuan kita. Lagipun..agama kita
sendiri tak mengharamkan perkahwinan sesama sepupu.” Suara pujukan Puan Sri
Nabiha mula mengambil tempat. Dilembutkan suaranya supaya suaminya tidak
terlalu marah.
“Sebab dia anak
perempuan kita satu-satunya la abang buat keputusan ni Biha! abang tak nak
keturunan kita hancur lepas kahwin dengan Muslim nanti!” tepis Tan Sri Khalid
Al-Fattah. bukannya dia membenci anak saudaranya itu. Tapi dia memang takkan
pernah bersetuju dengan perhubungan yang dijalin antara anaknya dengan anak
saudaranya itu. Begitu pandai mereka menyembunyikan hubungan mereka itu sampai
tak terhidu olehnya. Patutlah sejak kebelakangan ini Mualim selalu saja singgah
ke rumah mereka. rupa-rupanya ada agenda yang tersembunyi!
Keras dan kelu
sudah Puan Sri Nabiha hendak menjawab. Padahal pekerjaan Muslim juga bukanlah
calang-calang, seorang doktor pakar dalam bidang Orthopedik di Pusat perubatan
Universiti Malaya. Takkanlah hanya sebab mereka sepupu, hubungan mereka harus
dibantah keras.
“Walid dah janji
dengan pihak lelaki, lepas sebulan bertunang, kamu berdua akan terus bernikah.”
Mendatar saja berita yang diberitahu Tan Sri Khalid Al-Fattah, tapi tetap
kedengaran keras dan tegas. takkan diambil pusing lagi tangisan anaknya. Dia
sudah membuat keputusan, dan segalanya harus berjalan dengan lancar. kalau
terpaksa diseret anaknya sehingga ke masjid pun akan dibuatnya!

Warda terus
bangkit dari karpet tebal diruang tamu sebelum berlari laju melangkah tangga
menuju ke tingkat atas rumah agam tersebut. Berdentum kuat bunyi pintu bilik
dihempasnya. Raeef dan Rafeeq hanya mempu memandang sesama mereka dengan mata
yang sudah memerah. rupanya mereka turut mencuri dengar pertengkaran dibawah
tadi.

“Nak beritahu
abang Muslim ke abang?” Si adik Rafeeq menyoal perlahan.

Si abang pula
Raeef sudah terdiam. Berfikir tindakan yang sepatutnya mereka ambil. dijeling
sekilas pintu bilik kakaknya yang sudah tertutup rapat. kepalanya diangguk
tanda setuju.

“Jom.” Raeef
menarik tangan adiknya untuk menuju ke biliknya. Bimbang pula andai kakaknya
bertindak bodoh. Tapi dia tahu, kakaknya sudah cukup terdidik dengan ilmu agama
didada, tak mungkin kakaknya akan berbuat sesuatu yang mendatangkan kemurkaan
Allah.

Warda di dalam
bilik sudah menagis teresak-esak diatas katil. Habis dibaling semua teddy bear di atas katilnya ke bawah. Mukanya
ditekup dengan patung sponge bob pemberian Muslim. 

Kenapa walidnya
tak pernah mengerti soal hatinya. selama ini dia tidak pernah membantah setiap kata
walidnya. Walidnya menyuruh dia mengambil ijazah dalam bidang perakaunan
diturutkan juga walaupun minatnya bukanlah menjurus ke bidang itu. Nila walidnya
menghantarnya jauh nun ke United statesuntuk menimba ilmu, diturutkan juga walaupun dia sebenarnya sudah mendapat
tawaran melanjutkan pelajaran di universiti tempatan.

Sampai bila dia
hendak hidup berpandukan telunjuk walidnya! sampai soal pasangan hidupnya pun
walidnya yang tentukan!! dia bukannya budak-budak lagi, umurnya sudah masuk dua
puluh tiga tahun! sudah cukup besar untuk menentukan hala tuju hidupnya
sendiri.
Lagu Give thanks to Allah nyanyian Zain Bhika
yang berlagu mencuri perhatiannya. Lambat-lambat Samsung Galaxy SII yang
terletak elok diatas timbunan pakaiannya yang dibawa Mak Tum tadi dicapainya. Matanya
yang kabur dengan air mata dikesat sedikit.

“Assalamualaikum,”
sambutnya lemah dengan suara yang sudah sengau.
“waalaikumsalam..Warda.
ni abang ni.” Suara cemas Muslim kedengaran dihujung talian

Sebaik saja
suara yang cukup dirinduinya itu menerjah masuk ke cuping telinganya. Makin
lebat keluar air matanya. sudah hampir seminggu dia tidak ketemu dengan abang
Muslim. Semenjak walidnya tahu soal hubungan mereka, dia dikurung di dalam
rumah agam itu. Langsung tidak dibenarkan keluar, apatah lagi untuk berjumpa
dengan kekasih hatinya itu.
“Raeef dah
cerita semuanya pada abang tadi.” Kedengaran lemah suara Muslim. langsung tak
menyangka sekeras itu bantahan pak ngahnya terhadap hubungan mereka.
“Warda tak nak
kahwin abang..Warda tak kenal siapa lelaki tu. Warda cintakan abang..” adu
Warda.
Muslim terdiam. “Petang
ni abang datang,” putusnya tegas.
“Jangan!! walid
tak nak jumpa abang,” bantah Warda. dia takut andai teradi apa-apa pada Muslim
nanti.
“Habis tu? Warda
nak abang buat apa sayang? abang boleh mati kalau kehilangan Warda.”

Warda buntu.
kepalanya terasa berat memikirkan masalah hidupnya. dia tahu dosa yang bakal
ditanggungnya andai dia membantah kata-kata walidnya. Tidak kira bagaimanapun
walidnya punya hak untuk mengahwinkannya tanpa keiizinannya. Dia bukanlah jahil
soal dosa pahala, malah segala ilmu agama sudah terlalu banyak diajarkan
padanya. sehingga ada guru agama yang diupah khas oleh walidnya.
“Kita kahwin
lari!”



Warda tergamam. dia
takkan tergamak untuk berkahwin tanpa restu walid dan uminya. Tidak kira
bagaimanapun, perkahwinan tanpa restu ibu bapa itu takkan mendapat berkat. Dia
tidak mahu!



“Tak! Warda tak
nak hidup dihantui rasa bersalah pada umi dan walid.” Lama dia berfikir mencari
jalan dengan mata yang terpejam rapat. matanya terbuka besar. Tak kira
bagaimana pun, dia takkan pernah mengkhianati cintanya pada abang Muslim. Andai
tidak tersurat jodohnya dengan abang Muslim sekalipun, dia tetap tidak akan berkahwin
dengan lelaki yang tidak dicintainya! dia nekad!!



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN