Header Ads

Novel Miss XL - Penulis Rina Farizq

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Miss XL - Penulis Rina Farizq

Antara novel yang korang boleh dapat di kakinovel.my. Novel Miss XL menjadi pilihan review cik akak...bila baca sinopsis...memang tak mengecewakan....



Sinopsis:-
Aime digelar Miss XL di kalangan rakan sepejabatnya kerana saiz tubuhnya yang ‘sihat’ dan gebu itu. Walaupun begitu, dia tetap meneruskan tugas menjaga akaun seperti biasa sehinggalah jawatannya tiba-tiba ditukar kepada setiausaha Azki. Azki pula tidak rela Aime menjadi setiausahanya namun, dia terpaksa menerima ‘anak gajah’ itu atas sebab-sebab tertentu.
Pelbagai peristiwa kelakar yang terjadi sepanjang Aime menjadi setiausaha Azki. Apa yang ‘anak gajah’ tu buat dalam tandas? Lama benar! Pintu tandas diketuk dengan kasar.
“Siapa tu? Tolong… tolong saya keluar dari sini!”
“Kenapa kau tak buka pintu dan keluar sendiri?”
“Oh, encik ya? Saya terkunci ni. Tolonglah saya… saya macam nak pengsan ni!”

Ada-ada saja ‘si anak gajah’ ni! Menyusahkan orang! “Ke belakang sikit, aku nak tendang pintu ni!”
“Nasib baik encik ada. Kalau tak, mati kering saya kat dalam ni!” kata Aime sebaik sahaja keluar dari tandas.
Agaknya kalau dia tidak datang, bagaimana perempuan itu? Tapi yang pasti, Aime takkan mati kering. Lihat saja badan Aime yang bulat dan segar itu. Kalau kena gigit dengan vampire sekalipun belum tentu mati. Apatah lagi kalau setakat terperangkap di dalam tandas. “Lain kali masuk toilet, bawak handphone. Kalau ada apa-apa berlaku, senang!”
“Manalah saya tahu nak jadi macam ni. Kalau saya tau, dah lama saya suruh orang pasang telefon kat dalam toilet tu.” Sahut Aime perlahan.
“Tak apa. Saya tekankan butang lif ni untuk Cik Aime,” kata pengawal keselamatan itu sebaik sahaja melihat Aime hendak menekan butang lif.
Aime rimas apabila pengawal keselamatan itu berdiri di depan pintu lif itu sambil tersengih memandangnya.

“Saya tahankan pintu untuk Cik Aime, ya. Silakan masuk….Aime sudah tak sabar lalu melangkah sebaik sahaja pintu lif itu terbuka. Tanpa disangka-sangka pengawal keselamatan itu turut sama-sama melangkah dan kini mereka berdua tersangkut pada pintu lif itu.
“Eh, apa hal awak ni?”
“Saya nak temankan Cik Aime ke atas.”
“Hah? Nak buat apa? Tengok apa dah jadi ni?” rungut Aime apabila dia dan pengawal keselamatan itu sama-sama tersangkut pada pintu lif itu.

“Eh, awak tak nampak ke badan saya ni besar? Manalah boleh masuk sekali gus?”
“Errr… maaf. Saya tak sangka pulak jadi macam ni,” kata pengawal keselamatan itu serba salah.
“Apa hal ni?”
“Encik tolong saya… saya tersangkut ni.”
“Dah tau dua-dua badan besar, apesal masuk sekali gus? Menyusahkan orang aje!” Azki mengeluh kasar. “Apa aku nak kena buat ni? Panggil bomba ke?”
“Encik, tak payahlah panggil bomba. Encik nak malukan saya ke? Nak satu bangunan ni tahu yang saya tersangkut kat pintu lif?”
“Habis tu, kau nak suruh aku buat apa?”
“Encik tolak ajelah badan saya ni.”
“Aku?” Keras Azki menyoal.
“Habis tu, ada ke orang lain kat sini? Kalau pokok bunga tu boleh tolong, dah lama saya minta tolong kat pokok bunga tu,” balas Aime.
Melihatkan Aime dan pengawal keselamatan itu saat ini bukanlah suatu pemandangan yang indah. Dua-dua sama besar, sama bulat. Penuh pintu lif itu dengan dua orang yang bertubuh besar. Macam nak buat show punggung siapa lebih besar pula! Lalu, dalam keterpaksaan Azki menolak tubuh Aime ke hadapan. Hanya sekali tolakan, Aime dan pengawal itu terlepas daripada terus tersangkut di pintu lif itu.
“Adoi… kuatnya encik tolak. Sakit!” rungut Aime yang sudah melekat pada dinding lif.
“Kau tu besar! Takkan aku nak tolak dengan lemah lembut.” Sahut Azki. Tetapi, bila Nazman ngam dengan Aime… Azki cemburu pula. Tak senang duduk dibuatnya. Macam mana ni? Takkan Azki dah jatuh cinta kat Aime kut?
“Kalau di langit, kau umpama bintang yang bercahaya. Kalau di lautan, kau umpama mutiara yang menyinar. Kalau di hutan, kau merupakan kera yang bergayutan!”

2 comments:

Powered by Blogger.