Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Monday, October 31, 2016

Kedudukan Peserta Gegar Vaganza 2016 - Minggu Ke-3

♥ Assalamualaikum ♥

Kedudukan Peserta Gegar Vaganza 2016 - Minggu Ke-3 


Dalam pada itu, Zarul Umbrella telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Terbalik Paling Menyengat dan membawa pulang pakej ubahsuai ruang tamu bernilai RM10,000 dari Laurea Home Furnishing, baucer tunai tajaan Go Shop berjumlah RM1,000 dan barangan Pamoga Qu Puteh.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:

1. Azharina - No Women No Cry: "Amazing! Kamu boleh buat konsert dua jam. Saya suka apa yang kamu buat," - Datuk Khatijah Ibrahim.

2. Siti Sarah - Joget Sayang Disayang: "Kamu buat saya ketawa! Persembahan kamu kreatif dan tepat dengan tema lagu ini!" - Datuk DJ Dave.

3. Zarul Umbrella - Generasiku: "Persembahan kamu bagus. You did a very good job today!" - Datuk Ramli MS.

4. Gmie Screen - Seni Berzaman: "Wow! Suara kamu unik. Sebutan kamu bagus tetapi harus diperbaiki interaksi," - Datuk DJ Dave.

5. Nora - Sudah Ku Tahu: "Kamu harus betulkan low note. Tetapi persembahan kamu dah 95% okay. Mantap!" - Datuk DJ Dave.

6. Ameng Spring - Lelaki Seperti Aku:"Walaupun kamu lupa lirik, tapi persembahan kamu steady," - Datuk Ramli MS.

7. Intan Sarafina - Penantian: "Imej ini sangat sesuai dengan Intan. Sepatutnya Intan kekal dengan imej begini," - Datuk Khatijah Ibrahim.

8. Zur Eda - Karma: "Susah untuk menyanyikan lagu genre ini tetapi Zur Eda telah membawanya dengan baik," - Datuk Ramli MS.

9. Shidi Data - Mengapa Dikenang Mengapa Difikir: "Tak sangka kamu boleh carry lagu ini. Suara kamu pula semakin bagus," - Datuk Khatijah Ibrahim.

10. Elly Mazlein - Perawan atau Janda:"Nyanyian kamu ada salah tempat tadi. Tetapi feel kamu menyanyikan lagu itu okay," - Datuk Ramli MS.

11. Rem - Penawar Rindu: "Nyanyian kamu kedengaran kasar untuk lagu ini tetapi saya perlu bagi kredit. Good try!" - Datuk Ramli MS.

1 comment:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN