Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Tuesday, October 25, 2016

Kang Gary Tinggalkan Running Man...Biar Betul..

♥ Assalamualaikum ♥

Kang Gary Tinggalkan Running Man...Biar Betul..

Ingatkan acah-acah peminat running man..laa...pasti hilang seri running man nie nanti...kang gary ni cik akak suka tengok...laa...



Selepas enam tahun bersama Running Man akhirnya Kang Gary mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari program tersebut.
Menurut pihak produksi, Gary telah meluahkan hasratnya itu sejak awal tahun ini  untuk memberi fokus kepada bidang muzik.
“Sejak awal tahun ini lagi Gary ada memberitahu niatnya untuk tinggalkan Running man kerana  ingin fokus terhadap bidang muzik.
“Dia juga ingin meluangkan lebih masa untuk menghasilkan muzik memandangkan dia juga merupakan penyanyi rap kumpulan Leesang.
“Kami telah cuba untuk memujuk dan meminta Gary supaya mempertimbangkan keputusannya namun tidak berjaya,” katanya seperti yang dilapor Soompi.
Bagaimanapun pihak produksi Running Man tetap menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan berterima kasih kepada Gary sepanjang penglibatannya dalam program tersebut.
“Walaupun sedih namum kami hormati keputusannya dan kami hargai segala usaha yang diberikan oleh Gary sepanjang dalam Running Man.
“Dia merupakan anggota Running Man yang hebat! Terima kasih Gary kerana menjadi anggota tetap Running Man sepanjang enam tahun, Kami pasti akan merindui awak,” ujarnya.
Dalam pada itu, ruangan komen diakaun Instagram (IG) Gary dipenuhi dengan luahan hati peminat yang bersedih sebaik sahaja mengetahui tentang berita tersebut.
Rata-ratanya memberitahu akan merindui gelagat Gary yang ‘blurr’ dan juga adegan ‘gaduh-gaduh’ manja bersama pasangan Isninnya (Monday Couple), Song Ji Hyo.
Terdahulu, Gary telah menjadi anggota Running Man sejak tahun 2010 dan penggambaran terakhirnya untuk program tersebut adalah pada 31 Oktober ini.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN