Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Tuesday, October 4, 2016

Drama Patahnya Sebelah Sayap Mainkan Emosi Penonton..Tapi Makcik Masih Belum Terjebak.....

♥ Assalamualaikum ♥

Drama Patahnya Sebelah Sayap Mainkan Emosi Penonton..Tapi Makcik Masih Belum Terjebak.....

Ala..ratu drama melayu cik akak tak terjebak..biar betul..haha..sebab..mustahil untuk cik akak terjebak menonton sebab drama ni bersiaran waktu cik akak dibuai mimpi indah..hahaha



Macam pelik je kan...cik akak tak terjebak..haha..apa kes...serius memang tak tertonton dari episod pertama..

Dari cerita kakak ngah cik akak..drama ini best..tapi serius sedih...tonton je berjuntaian air mata..haha..macam sentap je cik akak nak menonton...konflik demi konflik dalam drama ni lah yg mempermainkan emosi penonton..haha..

Sinopsis Patahnya Sebelah Sayap


Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.
Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.
Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.
Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.
Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu?


Bila baca sinopsis...memang drama ni ranking menarik minat penonton..haha...emosi dan air mata...kisah konflik kasih sayang yg didambakan akhirnya berubah menjadi kekejaman....

Dugaan bertalu-talu menghimpit dunia Alisha...mampukah gadis tak bersalah ini menempuh dugaan hidup beliau...sebab cerita ni....jangan lupa bekal tisu satu kotak..haha

2 comments:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN