Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Friday, October 7, 2016

Drama Adaptasi Novel : Abang Bomba I Love You LWN Suri Hati Mr. Pilot

♥ Assalamualaikum ♥

Drama Adaptasi Novel : Abang Bomba I Love You LWN Suri Hati Mr. Pilot


Drama Adaptasi Novel Abang Bomba I Love You dah melabuhkan tirainya semalam. Gempak tak penamat drama tersebut. Bagi cik akak boleh tahan lah gempak. Tapi pelakon wanita tu agak kekok sikit. Kali pertama berlakon kan...Minggu hadapan kita setkan temu janji dengan Fattah Amin dan Neelofa...Bergandingan drama Drama Adaptasi Novel Suri Hati Mr. Pilot. Berjayakah...pembawakan watak warda oleh Neelofa. Maklumlah dah lama berlakon....

Suri Hati Mr. Pilot mengisahkan Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim!

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad!
“Ejaz nak kahwin dengan Warda. Kalau boleh secepat mungkin. Tak payah bertunang, Ejaz nak terus bernikah aje!”
Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?
“Layakkah aku menjadi suri hati buatnya?”

Hasil carian imej untuk suri hati mr pilot

Agaknya drama ni memang memainkan emosi penonton...Sedih bila perkahwinan menjadi taruhan. Bahagia kah mereka...Berjaya Warda meraih cinta si suami. Berakhirkah penderitaan warda....Menyelami kisah Warda dan Ejaz dalam "Suri Hati Mr.Pilot" bersiaran 10 Oktober 2016 (Isnin) di astro ria dan astro ria HD.

2 comments:

  1. Teringat pulak lawak ustaz Kazim..
    "Suamiku Pendakwah Bebas"

    macam2 tajuk drama skrg ni :)

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN