Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Wednesday, September 14, 2016

Sinopsis Penuh Mariam Alisa - Slot Lestary TV3

♥ Assalamualaikum ♥

Sinopsis Penuh Mariam Alisa - Slot Lestary TV3



Sinopsis Penuh Mariam Alisa - Slot Lestary TV3
Mengisahkan seorang gadis kampung yang cantik bernama Mariam Alisa. Mariam hanya tinggal berdua bersama ayahnya yang sudah uzur dan lumpuh. Walaupun Mariam merupakan satu-satunya anaknya, dia tetap berasa tidak selesa apabila Mariam perlu merawatnya dan menjaga kebajikannya. Oleh kerana itu, ayahnya menyuruh Mariam untuk bernikah dengan Ustaz Haiqal kerana Ustaz Haiqal sering bertandang ke rumah dan membantu Mariam. Namun sebaik mana hati Ustaz Haiqal iti, gati Mariam tidak lagi terbuka untuk mana-mana lelaki.
Demi menyara ayahnya, Mariam menjual nasi lemak di sebuah gerai di kampung. Hari-hari Mariam berlalu hampir serupa di gerai itu, sehingga Farhan seorang pemuda datang membeli nasi lemak Mariam. Pada saat itu, Farhan terpegun melihat kecantikan Mariam sehingga dunia ini bagaikan tiada bunyi lain selain deruan bayu berbisik ditelinganya.
Semenjak hari itu, Farhan sering ke gerai nasi lemak tetapi untuk bertemu dengan gadis manis itu. Mariam pula semakin berlembut hati dengan Farhan walaupun Farhan itu seorang pekak dan kelihatan seperti bukan orang berada. Hal ini kerana, Mariam sudah serik dipermainkan oleh lelaki berada. Namun Mariam tidak tahu bahawa Farhan cuma berpura-pura pekak sebagai alasan terpaku tatkala melihat kecantikan Mariam.
Sampai bilakah Farhan perlu berahsia dengan Mariam? 
Siapakah mariam alisa.....

1 comment:

  1. Hebatnya blog Cik akak sekarang..tahniah rai rezeki di Nuffnang ya..

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN