Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Monday, September 26, 2016

Jihan Muse Pegang Watak Heroin Dalam Drama Adaptasi Novel Red Velvet

♥ Assalamualaikum ♥

Jihan Muse Pegang Watak Heroin Dalam Drama Adaptasi Novel Red Velvet 

Jarang cik akak lihat Jihan muse berlakon. Tapi kali ini memegang watak helena bergandingan dengan Alif Satar...wow pasti meletop gandingan terajui mereka berdua...Cik akak tak pasti drama adaptasi ini bersiaran..tapi drama ini pasti mendapat tempat di hati peminat...


Sinopsis:-
Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang. Lantaklah! Janji dia bahagia. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya untuk mengahwini Helena. Perbuatannya itu menyebabkan Helena kecewa setengah mati.
Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah… hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?
“Mungkin dia tak sweet macam kek bergula, Tak berharta seperti putera raja, Tapi cintanya yang paling manis di jiwa.”

2 comments:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN