Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Thursday, September 22, 2016

Jatuh Cinta Dengan Novel Mr. & Mrs Sweet Karya Qaulia...Terus Beli Online

♥ Assalamualaikum ♥

Jatuh Cinta Dengan Novel Mr. & Mrs Sweet Karya Qaulia...Terus Beli Online


Cik akak suka baca novel, tak kira novel apa...yang penting novel..haha..Bila dah berkenan dengan sinopsis novel terus google..kononnya nak baca online..mana lah tahu terjumpa link blog penulis kan..hihi...Novel Mr. & Mrs Sweet ni memang best...cik akak dah baca novel dah pun...tapi setakat bab 15 je...ala termiss pula cik akak...terus beli online kat laman Penulisan2u. Penghantaran percuma...tu yang seronok.


Sinopsis Mr. & Mrs. Sweet : “Kita kahwin seperti yang dirancang. Tapi status suami isteri hanya di  depan famili you dan famili I aje. Other than that, kita masih macam biasa. I tak akan ganggu privasi you dan you pun tak perlu ganggu urusan peribadi I. Orang lain pun tak perlu tahu status kita. Deal?”   -  ZARIEL IMRAN

 Kerana MOU tersebut, Amanda Iman terjerat dengan perkahwinan aturan keluarga. Suami yang jauh lebih muda darinya amat menjengkelkan. Dalam hati mula bersimpul geram dan sakit hati.
“Kenapa? Tak boleh ke? Bukannya ada orang lain pun dalam bilik ni.” - ZARIEL IMRAN
“ Habis I bukan orang?” - IMAN
“ Ada I cakap you kambing ke?” - ZARIEL IMRAN
Namun perancangan Tuhan tiada siapa yang menduga. Berkat tak sebulu dan tak sebumbung, hati mereka bertaut.
“ Amanda Iman Syah, will you be my lady forever?” - ZARIEL IMRAN
“Allah S.W.T telah jadikan awak sebagai imam dan pelindung saya dan saya berharap agar Dia tetap jadikan saya milik awak untuk hari esok dan hari-hari mendatang.” -  IMAN
Dikejar media ala-ala paparazi telah merapatkan hubungan mereka. Malah, menjadi mangsa kepada perempuan psiko juga mengukuhkan lagi rasa cinta dalam hati mereka. Namun apabila satu-satunya rahsia hati yang disimpan sekian lama terbongkar, bahtera indah yang baru dikecapi mula dilanda badai. Kepercayaan menjadi taruhan. Kesetiaan menjadi galang ganti.
“Zariel, kenapa awak lebih percaya gambar yang bisu tu dari saya isteri awak?” - IMAN
“Sekurang-kurangnya gambar itu tak perlu bersuara untuk menunjukkan kebenaran.” - ZARIEL IMRAN
“Kalau awak fikir gambar-gambar ini tak menipu, saya juga andaikan gambar awak dulu pun tak menipu. Tak perlu fikir dari mana datangnya gambar tersebut ataupun apa tujuannya. Kita biarkan gambar yang berbicara. Itu yang awak nak, kan?” - IMAN
“I need a space. Just leave me alone for a while.” - ZARIEL IMRAN
Iman pasrah. Perlukah dia mempertahankan mahligai indahnya sedangkan bahagianya cuma seketika? Katanya cinta sampai ke bulan, rupa-rupanya sayang tercampak ke tengah laut! 

1 comment:

  1. wahhh.. tak dan kak mia nak baca novel... huhuhu

    psssttt.. jemput join giveaway mia... http://www.mialiana.com/2016/09/giveaway-3d-gold-stemcell-serum-my.html

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN