Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Wednesday, September 28, 2016

Filem Volkswagen Kuning & Sinopsis Volkswagen Kuning

♥ Assalamualaikum ♥

Filem Volkswagen Kuning & Sinopsis Volkswagen Kuning 




Sinopsis Volkswagen Kuning

Volkswagen Kuning mengisahkan tentang Fuad (Pekin Ibrahim) dan tunangnya Sarah (Atikah Suhaime) dalam perjalanan pulang ke kampung Fuad. Sebelum sampai ke kampung, Fuad bercadang untuk berhenti makan di sebuah kedai ikan patin yang dikatakan sedap. Mereka menggunakan Waze untuk sampai ke sana tetapi tersesat disebabkan capaian internet tiada. Mereka sampai juga ke kedai tersebut tetapi sudah malam dan tempat yang dikatakan tidak seperti apa yang mereka bayangkan. Mereka berdua mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan pulang ke kampung. 

Mungkin disebabkan lapar dan ada perasaan yang dipendam oleh Sarah, mereka berdua bergaduh dalam perjalanan. Ketika sedang bergaduh itu mereka diganggu oleh Volkswagen Kuning dan menyebabkan mereka terlibat dengan kemalangan. 

Apa yg akan terjadi kepada pasangan tersebut. Terungkapkah misteri Volkswagen Kuning yang menghantui pasangan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN