Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Thursday, September 29, 2016

Diragui Status Halal "Sosej Rose Brand"

♥ Assalamualaikum ♥

Diragui Status Halal "Sosej Rose Brand" 

Nasib baiklah  cik akak korang memang tak makan sosej bagai. Tak sangka pula sosej diragukan status halalnya. Cik akak selalu beli lah..Harga boleh tahan mahal. Tup-tup keluar media mengatakan "Sosej Rose Brand" diragui status halal.

Hasil carian imej untuk sosej jenama rose brand
imej google

Dah diragui status halal..lepas nie tak payahlah cik akak sibuk nak beli.. Nanti lain pula jadinya. 

KUCHING: Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Bahagian Veterinar, Jabatan Pertanian Sarawak akan bekerjasama untuk menentukan status halal produk sosej ayam jenama 'Rose Brand'.

JAIS berkata pihaknya beserta agensi penguat kuasa lain telah mengadakan pemeriksaan ke atas produk tersebut di Betong semalam.

"Pada label sosej jenama Rose Brand itu dikatakan ia dikeluarkan oleh Rose Poultry Vinderup, Denmark serta mempunyai logo halal daripada Pusat Kebudayaan Islam Denmark," kata JAIS dalam satu kenyataan.

Namun ia berkata semakan yang dilakukan ke atas lawan sesawang Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mendapati nama syarikat tersebut tidak tersenarai dalam senarai Loji & Rumah Sembelih Yang Diiktiraf Di Luar Negara.

Pusat Islam tersebut turut tidak tersenarai dalam Portal Rasmi Halal Malaysia di bawah senarai Badan Persijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf, katanya.

JAIS berkata pemilik premis berkenaan turut diminta mengemukakan  bukti permit import dan sijil halal produk berkenaan untuk mengetahui status halal serta status kemasukannya ke Sarawak.
Oleh itu JAIS meminta pengguna agar berhati-hati dengan produk tersebut. -- BERNAMA

Sumber - Astro Awani 

10 comments:

  1. Lya x pernh plak bli sosej jenama ni, lgipun jrg lya mkn sosej

    ReplyDelete
  2. X penah pula jumpa jenama nie..
    Kalau meragukan elok lah x payah beli..

    ReplyDelete
  3. tak pernah tak berjual disini.. biasa sy beli wise ja

    ReplyDelete
  4. Baru first time tahu ada jenama ni..

    ReplyDelete
  5. hi cik akak. Done follow & masukkan blog awak dalam bloglist kita

    ReplyDelete
  6. hi cik akak. Done follow & masukkan blog awak dalam bloglist kita

    ReplyDelete
  7. done exchange link...

    kena tukar brand la ye cik akk..

    ReplyDelete
  8. Kita klau bli sosej jnma Ramly je. Mmng kdng takut dgn jnma2 lain ni.

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN