Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Friday, June 24, 2016

NOVEL ENCIK TUNANG VS BFF KARYA NANA FIQREE - NOVEL TERBARU DI KAKINOVEL

♥ Assalamualaikum ♥

NOVEL ENCIK TUNANG VS BFF KARYA NANA FIQREE - NOVEL TERBARU DI KAKINOVEL


WEBSITE-EN-TUNANG-VS-BFF

Sinopsis Novel ENCIK TUNANG VS BFF:-
Eisya, tokeh kedai roti dan kek bersama sepupunya Adia. Jatuh cinta pada Erham, bff yang tall, dark and handsome.
Handsome ke? Biasa-biasa saja tapi, manisnya tetap ada. Susahnya bila jatuh cinta pada kawan baik sendiri. Lagi susah bila kawan baik tak punya perasaan yang sama tapi, geramnya kawan baik buat dia macam mesin ATM! Dicari bila poketnya menipis. Dan dia kerana sayang, senang saja memberi. Wang bukan masalah besar baginya. Perniagaannya walaupun tidak besar tapi, maju. Dia juga anak bongsu yang tak pernah putus duit.
Keadaan jadi rumit bila muncul Encik Tunang yang kacak bergaya. Cikgu Ilman yang tak skema macam tipikal guru-guru yang ada. Jejaka kacak bergaya yang jatuh cinta pandang pertama pada Eisya. Ilman tak peduli. Eisya suka atau tidak itu nombor dua. Yang penting Eisya sudi jadi isterinya. Baginya cinta boleh dipupuk, asal ada usaha untuk merubah perasaan sayang Eisya pada Erham berpaling padanya pula. Tambah susah bila kawan baik jatuh cinta pada perempuan lain pula. Ratna, si gadis genit muncul menambah ‘perisa’ dalam hidup Eisya yang sebelumnya serba mudah. Hidup yang dulunya mudah mula jadi payah. Erham yang tidak serius, suka bertukar-tukar teman wanita tiba-tiba boleh jadi pencinta paling agung. Ratna pula entah kenapa iri hati pada Eisya yang padanya serba sempurna. Bermacam-macam cara dilakukan untuk menjatuhkan Eisya. Lebih-lebih lagi, hatinya sudah berpaling arah pada Ilman yang punya lebih pesona. Eisya pening kepala!
“Kupandang kiri, ada si pemuja hati. Kupandang kanan, ada dia yang kucinta separuh mati.”
ANTARA YANG MENARIK DALAM ENCIK TUNANG VS BFF
“Ilman ni siapa, mama?” Wajah mama kupandang sayu. Kenapa lelaki ini tiba-tiba wujud? Meminang aku pula tu. Kalau betul, mana cincinnya? Mana? Mana? Mana?
“Anak Mak Cik Jamilahlah,” jawab mamaku dengan selamba.
Bulat mataku memandang mama. Main-main pula mama ni. Mama tersengih-sengih mengenakan aku.
“Eisya tak tahu pun yang Mak Cik Jamilah berkenan dengan Eisya.” Aku renung mama dalam-dalam. Rasanya Mak Cik Jamilah tidaklah melebih-lebih dalam melayanku. Apabila berjumpa, sekadar bertegur sapa sebagai kenalan rapat mama. Dan aku hormat pada wanita itu. Itu sahaja. Tak tahu pula di luar pengetahuanku, Mak Cik Jamilah ada agenda lain.
“Ilman yang berkenan. Jamilah ikut aje. Dia tak kisah. Lagipun dia kenal Eisya. Dia lagi suka dapat berbesan dengan mama,” terang mama bagaikan tiada apa-apa.
Tahukah mama hal ini berkenaan masa depan anaknya sendiri? Mama macam main kahwin-kahwin.
“Ilman berkenan? Bila masa dia kenal Eisya? Tengok gambar kut.” Aku bertanya dan aku jawab sendiri. Aku pun dah tak betul sekarang ni. Terkejut dengan berita ini. Mataku mengitari ke sekitar ruang tamu rumah. Memang berlambak bingkai gambarku yang tergantung di sini. Dari kecil hingga dewasa. Takkan dia tengok aku yang pakai T-shirt pink lusuh dengan seluar trek hari tu, dia boleh berkenan? Dengan rambut lepas tak bersikat pagi-pagi buta tu. Tak logik. Ini mesti propaganda mama dengan Mak Cik Jamilah. Aku pasti sangat.
“Dia tu tak ada girlfriend ke?” Aku tak puas hati. Pelik, zaman sekarang masih ada lelaki yang boleh terima perkahwinan yang diatur keluarga. Macam tak logik.
Mamaku angkat bahu. “Entah. Jamilah kata dia memang tak ramai kawan perempuan.Dulu, dia sekolah lelaki kat Seremban. Lepas tu masuk matrikulasi, lepas habis matrikulasi terus masuk UPSI.”
“Cikgu?” Kali ini aku rasa macam nak melompat kerana terperanjat. Cikgu? Sudah terbayang di ruang mataku seorang lelaki berkaca mata, berkumis, rambut belah tepi dengan baju kemeja dan seluar slack. Oh, sangat bukan citarasaku. Lelaki ini mesti skema habis. Tolonglah!
“Cikgu dekat JB. Handsome,” giat mama lagi. Dia pula yang melebih-lebih memuji.
Satu cebikan terpamer di wajahku. Handsome pada pandangan mama memang tak sama dengan handsome pada pandangan mataku. Mama suka lelaki berkulit cerah, ada misai, tegap dan tinggi macam abah. Aku suka lelaki berkulit sawo matang, tak ada misai, rendah sebab nampak cute dan comel macam Erham. Erk! Tetiba boleh teringatkan sahabatku yang seorang itu pula.
“Mesti dia skema habis, kan?” Terlepas ayat itu daripada mulutku.
“Taklah. Orangnya kemas. Kalau Eisya tengok mesti jatuh cinta punyalah,” puji mama. Tak habis-habis nak memuji lelaki itu.
“Abah cakap apa?” Baru teringatkan lelaki pertama dalam hatiku ini. Takkan abah senang-senang melepaskan anak daranya yang seorang ini pada lelaki sembarangan.
Aku lihat mama senyum sambil angkat-angkat kening. Saspen sungguh.
“Dia serahkan pada Eisya. Kalau Eisya setuju, abah tak membantah. Lagipun abah kenal budak Ilman tu.”
Jawapan mama buat aku terdiam. Nampak gayanya aku kena juga menghadap lelaki bernama ‘Ilman’ ni. Lelaki yang berjaya membeli jiwa abah dengan mudah. Rasanya abah boleh tahan cerewet orangnya. Macam tak percaya pula. Apa dia dah buat dengan abah? Hembus-hembus? Mandrem? Ilmu hitam?
“Macam mana? Nanti mama bagi nombor telefon Eisya pada Ilman ya? Kenal-kenal dulu. Kalau suka, kita teruskan,” usul mamaku.
Aku tersentak. Senangnya mama cakap! Hari ni tunang, esok kahwin, lusa dapat anak, tulat dapat cucu. Oh my mama!
“Ikut suka mamalah.” Aku beri kata putus walaupun bukan sepenuh hati. Tengok wajah bersungguh-sungguh mama, aku tak sampai hati nak membantah. Lagipun mama tu kalau hitam katanya, maka hitamlah jadinya. Membantah takkan memberi makna apa-apa. Lepas ni, tahulah bagaimana aku nak mengelak dari lelaki itu. Berkenankan aku konon. Bila aku dah tunjuk perangai sebenar nanti, baru tak cukup tanah lelaki tu angkat kaki.
“Betul ni?”
Mama pandang aku macam tak percaya. Bibirnya tak lekang dengan senyum lebar demi mendengar keputusan separuh rela itu.
Angguk. Kalau itu yang mama mahu. Berkenalan bukan bermakna setuju bertunang, kan?

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN