Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Friday, June 3, 2016

Novel Alamak, Tersuka La Pulak! - Penulis Ateen Khalid

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Alamak, Tersuka La Pulak! - Penulis Ateen Khalid

Novel terbaru di kakinovel.com. Nak beli online memang senang je..hihi..yang penting ada bajet. Bila cik akak baca sinopsis novel nie...nampak gayanya cik akak kena beli seketul..haha...nanti2 lepas raya ok..



Sinopsis:-
Kegagalan perkahwinan Khairy dan Suraya menyebabkan Khadeeja lebih berhati-hati terhadap wanita yang mahu berdamping dengan abangnya. Mana mungkin dia melupakan tindakan Suraya meninggalkan abangnya dan anak saudaranya yang baru berusia setahun hanya kerana mereka miskin. Apatah lagi bila dia tahu Suraya telah bernikah dengan seorang Dato’. Empat tahun berlalu dan Khadeeja terserempak dengan bekas kakak iparnya membuatkan dendamnya membuak-buak. Dan kerana dendam itu, Khadeeja Safiya telah menggunakan Izham Iskandar yakni kekasih Suraya setelah kematian suaminya yang berpangkat Dato’ itu. Dia nekad supaya Izham meninggalkan Suraya dengan menarik perhatian lelaki itu sehingga cinta berputik di hati Izham dan Izham sanggup melepaskan segala-galanya demi Khadeeja. Dan bila Izham mengakui cintanya, Khadeeja menghina dan mengecewakan lelaki itu. ‘Kehilangan’ secara mengejut itu menyebabkan Khadeeja sangat menyesal atas tindakannya dan cuba untuk menebus kesilapannya dengan menidakkan rasa yang mula bersarang di hatinya pada satu masa dahulu. Dan saat bertemu kembali dengan Izham, lelaki itu sudah pun terikat dengan seseorang.
“Sampai bila nak tenung muka saya? Awak tenung macam mana pun muka saya takkan berubah jadi muka orang lain, kan?”
“Tak boleh ke? Saya akan tenung awak sampai awak suka kat saya….”

2 comments:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN