Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Wednesday, June 29, 2016

Buku Cerita Cinta Ahmad Ammar & Setelah Ammar Tinggalkan Kita - Dapat Di karangkraf.com

♥ Assalamualaikum ♥

Buku Cerita Cinta Ahmad Ammar & Setelah Ammar Tinggalkan Kita - Dapat Di karangkraf.com

"Dunia Tempat Berpenat...Akhirat Tempat Aku Berehat" Perjuangan yang belum selesai.

<<Tonton Online Ketupat Palas Mr. Hensem Episod 4>>


Cerita Cinta Ahmad Ammar

Sinopsis
Ahmad Ammar, sebaris nama yang tidak dikenali semasa hayat, namun menjadi kebanggaan selepas pemergiannya. Tiada yang diinginkan melainkan sebuah syahid. Tiada yang diperlukan selain redha ALLAH dan tiada yang lebih mengujakan selain bertemu bidadari-MU di syurga abadi. Alangkah bertuah ayahanda dan bonda dapat melihat perjalanan akhir anakanda tercinta dengan sebuah pengakhiran yang baik.
Subhanallah... indahnya rencana-MU ALLAH. Benar, ia bukan kebetulan. Engkau pergi ketika membawa misi ALLAH dan Rasul. Moga jannah jua sebagai ganti. Tenanglah adinda Ammar di sana. Tabahlah duhai ibu bapa dan keluarga. Wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati. Perjuangan kita perlu diteruskan. Impian Ammar adalah realiti kita.

Setelah Ammar Tinggalkan Kita

"Dia hanya hilang daripada pandangan, namun semangat dan perjuangannya tetap hidup" Inilah permata di bawah payung hijrah"

Sinopsis
Pemergian setahun Ammar meninggalkan kesan mendalam kepada setiap jiwa yang mengenalinya. Fenomena syahidnya pemuda berwawasan ummatik ini mampu menghidupkan hati-hati yang lalai atau telah ‘mati’ dek Hakikatnya Ammar menjadi bayangan kepada mereka yang mahu berhijrah daripada seseorang yang baik kepada yang luar biasa. Dan realiti itu terlaksana kepada mereka yang mendambakan sebuah kehidupan tenang berteraskan al-Quran dan sunnah serta berpaksikan akhirat.
Ammar, dia hanya 'hilang' daripada pandangan, namun semangat dan perjuangannya tetap hidup! Inilah pemuda di bawah payung Hijrah.
Sebuah naskhah istimewa buat mereka yang sedang menelusuri lorong cahaya dalam kehidupan serta mendambakan pengakhiran yang husnul khotimah.

Buku boleh beli di karangkraf.com

1 comment:

  1. yg ni tak baca lagi. tapi yang 1st buku tu memang baca ulang2 pun menangis. bukan sedih tapi seronok sbb still ada anak muda yang macam arwah

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN