Jawatan Kosong, Panduan Temuduga, Panduan Bisnes Online, Tips & Petua, Infomasi, Lifestyle, Drama Online,Novel, Isu Semasa, Isu Panas, Colabration & Review

Artikel Terkini

Tuesday, June 28, 2016

Ayam Masak Kicap Simple

♥ Assalamualaikum ♥

Ayam Masak Kicap Simple

Ayam masak kicap cik akak ni amat simple. Sesuai sangat dijadikan menu berbuka dn bersahur anda..haha...bahan-bahan memang ringkas tapi rasanya memang tak mengecewakan.


Baca selanjutnya 》》》 Kisah Anak Beraya Tanpa Ayah..Pasti buat korang  menangis ....


Bahan-bahannya

  • Sayap Ayam 4 ketul
  • Kicap pekat manis 3 sudu makan
  • 1 batang serai
  • Seulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia - cik akak tak guna halia sebab stok habis...haha
  • 1 pcs cili padi - nak pedas tambah sendiri ler
  • Sedikit perasa Maggi
  • Sedikit minyak untuk menumis 

  1. Bawang merah, bawang putih, serai, halia dan cili padi....boleh kisar @ atau guna lesung batu je.....
  2. Panaskan minyak.....masukan bahan kisar tadi....goreng hingga naik bau....
  3. Sayap ayam cik akak potong kecil-kecil...supaya cepat masak..lepas tu masukan sayap ayam....gaul hingga sebati. 
  4. Lepas tu...tambah perisa maggi dan kicap....gaul sebati
  5. Akhir sekali.......tambah sedikit air....biarkan mendidih dan pastikan kuah tadi kering....
  6. Hidangkan utk menu berbuka @ bersahur anda....selamat mencuba

3 comments:

  1. Betul. Ayam masak kicap ni mmg takleh lawan lah. makan dgn nasi panas2 . (y)

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!