Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Sunday, May 29, 2016

Novel DRIVE-THRU MR. SATAY

♥ Assalamualaikum ♥

Novel DRIVE-THRU MR. SATAY




Sinopsis:-
Tengku Izz Maritza. Lambang kemegahan, kehebatan dan kemewahan. Selain berketurunan kerabat, dia juga cucu emas Raja Sufiah. Namun kerana sebuah kesilapan, dia perlu membayar dengan seluruh kehidupannya. Apalah ertinya menjadi cucu kesayangan sedang jodohnya bersama pemuda miskin! Tanpa harta dan darjat, lelaki itu menjadi pilihan Nenda Sufiah! Dia buntu dan tertekan. Terasa impian untuk bahagia kelam serta merta. Hilang kemewahan maka hilang kebahagiaan untuknya. Lantas takdir Tuhan itu dipersalahkan. Amirul Muiz. Mengahwini Tengku Izz Maritza umpama bulan tersalah mendarat di ribanya. Dia hanya pemuda biasa tanpa sebarang harta dan darjat hebat. Hanya pencinta dan penjual sate!
Betahkah isterinya itu bertahan di sisinya kelak? Siapa sebenarnya Amirul Muiz?
Mengapa dia menjadi pilihan nenda?
Apakah yang nenda lihat dalam diri Amirul sehingga memutuskan pemuda itu layak untukku, cucu yang dicintainya?
Bagi Izz Maritza, pemuda itu sekadar watak sampingan dalam hidupnya. Tempoh bersama Amirul hanyalah sementara. Setelah dia mendapat sesuatu yang dijanjikan, dia akan segera berlalu dari sisi Amirul. Perjalanan hidupnya masih jauh dan bersama Amirul Muiz bukan pilihan terakhirnya. Mummy telah berjanji untuk membantunya keluar dari kemelut yang dihadapi. Nyata jangkauan minda dan hatinya merudum. Amirul Muiz berjaya menyalakan sinar bahagia itu. Bertalu-talu hatinya disentuh ketulusan hati seorang suami. Beriburibu ucapan yang Amirul ungkap sehingga meletakkannya di persimpangan dilema. Matlamatnya mula goyah.
“Betapa rahmat Allah itu infiniti. Sedang aku jauh daripada-Nya, Dia malah mengurniakan sehebat pemberian. Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

2 comments:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN