Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Saturday, February 27, 2016

Tonton Full Episod Uda & Dara | Drama Uda & Dara Ada 65 Episod

♥ Assalamualaikum ♥

Tonton Full Episod Uda & Dara | Drama Uda & Dara Ada 65 Episod
Gandingan teraju yang meletop Zul Ariffin dan Siti Saleha..Dua pelakon yang cik akak suka bila digandingan. Tapi drama ini..cik akak tak sempat menonton lagi....ulangtayang mesti ada kan..


Tonton Pull Episod Uda & Dara | Episod 1 - Episod 65 <Episod Akhir> 《《TONTON PAUTAN SINI》》
Drama berantaian yang mempunyai 65 episod ini menggantikan drama memori cinta suraya yang telah melabuhkan tirainya.
Drama ini dah ditayangkan berapa hari yang lepas....sekarang ni dah episod 3 dah...lama lagi nak tunggu episod akhir..hahahaha..


SINOPSIS UDA DAN DARA

Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, Mak Cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.” 

1 comment:

  1. Ala.. Xminat pelamin lelaki tu.. Maybe nak baca buku dia je kot..

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN