Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Monday, February 15, 2016

Bos Marah Anda....Bagaimana Nak Tenangkan Hati....

♥ Assalamualaikum ♥

Bos Marah Anda....Bagaimana Nak Tenangkan Hati....

Perkara biasa yang berlaku kepada sesiapa yang kerja makan gaji. Tak kira agensi kerajaan mahupun swasta. Pastinya tak boleh elak melalui fasa dimarahi oleh ketua jabatan. Adakalanya, mereka menggunakan kuasa veto mereka memarahi anak buah di bawah jagaannya. 


Mungkin ada yang tak berpuas hati....tapi sebagai anak buah yang mempunyai sikap sopan santun dan hormat- menghormati. Kita pastinya tidak akan menjawab bila dimarahi. Siapa tahu hati kita waktu tu memang memberontak untuk mempertahankan diri. Lebih baik mendiamkan diri dari bersuara. Sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku seterusnya....

Bila dimarah......Bagaimana pula nak tenangkan hati....

Mudah dan senang sahaja....

  1. Sabar - Mungkin ada yang tak berpuas hati bila dimarahi. Tapi siapa kita untuk memarahi balik. Di mana kuasa veto kita untuk mempertahan diri. Apa yang paling penting...sabar..sebab kunci sesuatu ketenangan hati adalah sabar....
  2. Berzikir - lembutkan hati kita dengan terapi zikir....InsyaAllah.,..pastinya hati kita lebih tenang.
  3. Baca Al-Quran - Tidak perlu selama mana....ambil setengah jam atau berapa minit anda untuk membaca ayat suci Al-Quran. Tiada ubat dan penawar yang lebih afdal melainkan ayat suci Al-Quran.
  4. Keluar Dari Pejabat - Ambil masa anda untuk menenang diri dengan persekitaran di luar..InsyaAllah ia pasti membantu...Jangan terus balik rumah sudah...hahaha..
  5. Tidur untuk seketika - Cuba untuk tidur seketika....InsyaAllah ia pasti berkesan..
  6. Dengar lagu - Tak kiralah lagu apa..yang penting dapat menghilangkan stress anda selepas dimarahi....
Apa-apa pun...bila dimarahi...jangan berdendam..kerana hati kita tak akan tenang dengan dendam tersemat di hati....

sekian wassalam....

6 comments:

  1. Assalamualaikum.. Sesekali cuba buat lawak.. Hehe..

    #www.erazfadli.com

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah setakat ni sy belum pernah dimarahi.. nice tips

    ReplyDelete
  3. lagi stress kalau tak de peluang nak keluar kejap atau tidur sat..ehheeh...terpaksa hadap jugak sampai habis wktu kerja..kalau dalam keadaan ni paling best buka youtube yang lawak2.hehehe

    ReplyDelete
  4. Ya btl tu kak..x elok brdendam kn, klau bos mrh buat dek ja.tpi seingt lya x pernh lgi d marahi bos hihi

    ReplyDelete
  5. kalau saya plak, g ke dapur then makan atau buat air milo!!!
    hehehehe

    ReplyDelete
  6. Buat lagi hangin bila kita dimarah disebabkan salah orang lain...hihi...

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN